X5Pro lakar pelancaran pertama Vivo di Malaysia

Share Button

Buat pertama kalinya, satu lagi jenama telefon pintar dari China iaitu vivo membuat pelancaran utama bagi produk terbaru mereka. Telefon pintar vivo X5Pro dilancarkan dalam satu acara gilang-gemilang di Kuala Lumpur Convention Centre.

Acara pelancaran vivo X5Pro ini turut dihadiri selebriti terkenal Malaysia, Soo Wincci dan juga Amber Chia.

image

vivo X5Pro adalah telefon pintar berkuasa tinggi yang dilengkapi CPU Qualcomm Snapdragon 615 64-bit, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Vivo X5Pro menampilkan rekabentuk nipis setebal 6.44mm sahaja, dengan kerangka besi serta diapit kaca lengkung sisi 2.5D di bahagian depan dan belakang. Skrinnya sebesar 5.2-inci dengan Super AMOLED beresolusi HD Penuh 1920×1080.

vivo X5Pro mempunyai kamera belakang 13MP dengan apertur F2.2 dan LED Flash. Manakala kamera hadapannya 8MP. Seperti siri-X yang lain, X5Pro dilengkapi DAC untuk penghasilan audio berkualiti tinggi.

Bateri vivo X5Pro berkapasiti 2450mAh dan ia menyokong dwi-sim 4G LTE yang berkongsi slot kedua dengan kad memori mikro-SD. vivo X5Pro menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka vivo FunTouch 2.1.

image

vivo X5Pro boleh mula didapati di Malaysia, di semua pengedar sah vivo pada harga RM1599.

image

Apa komen anda?