UBER beri pengangkutan percuma untuk makan tengahari

Share Button

Jalan yang sesak serta mencari parking sekitar waktu makan tengahari, iaitu jam 12 tengahari sehingga 2 petang pasti membuatkan ramai berputus asa untuk keluar memandu. Ini membuatkan pilihan makan tengahari terhad di bangunan pejabat atau sekitarnya sahaja. Tetapi mungkin tidak untuk minggu ini, Kerana khusus untuk waktu terhad, UBER Kuala Lumpur ingin membantu anda keluar makan tengahari.

Bermula dari hari ini, sehingga hari Jumaat 12 Jun 2015, pengguna UBER di Kuala Lumpur boleh menikmati pengangkutan UBER percuma sehingga RM25, tanpa had penggunaan untuk semua pengguna servisnya. Walaubagaimanapun, ia terhad untuk waktu makan tengahari sahaja, iaitu dari jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang.

key in UBERINGMYLUNCH

Apa yang perlu anda lakukan, masukkan kod promosi UBERINGMYLUNCH di ruang promotions di dalam aplikasi UBER, dan anda akan dapat melihat notifikasi promosi berjaya dimasukkan. Mudah sahaja & anda akan dapat pergi ke mana-mana untuk makan tengahari, tanpa risaukan tempat letak kereta.

Promo ditambah ke dalam akaun UBER

Sedikit pesanan dari UBER, purata masa menunggu UBER di Kuala Lumpur ialah sekitar 6 minit sahaja. Tak lah lama sangat tu.

Apa komen anda?