Tempah Huawei P8 di Vmall & dapatkan aksesori percuma

Share Button

Huawei telah melancarkan telefon pintar utamanya, Huawei P8 bagi rantau asia pasifik tadi di Singapura. Bersama pelancaran tersebut, mereka telah mengumumkan tarikh penjualannya di Malaysia, iaitu 18 Jun 2015. Huawei P8 akan dijual di Malaysia pada harga RM1799 dengan dua pilihan warna, Emas dan Kelabu.

Manakala Vmall, stor dalam talian bagi Huawei telah mula membuka promosi tempahan awal bagi Huawei P8, sehingga 18 Jun 2015. Vmall menawarkan aksesori percuma untuk penempah awal Huawei P8 iaitu filem pelindung skrin, tripod, dan juga casing pelindung. Lebih baik lagi, penempah awal ini turut menerima baucer diskaun 30% untuk membeli gelang pintar Huawei TalkBand B2 yang sangat bergaya.

Huawei Talkband B2 3 warna

Talkband B2 adalah gelang pintar 2-dalam-1, yang boleh digunakan  untuk memeriksa aktiviti kesihatan harian di pergelangan tangan, dan juga boleh dicabut dan dipasang di telinga sebagai earfon Bluetooth. Rekaannya kini lebih premium berbanding model lama, dengan penggunaan badan besi serta strap lebih berkualiti. TalkBand B2 diumumkan harganya di pelancaran Huawei P8 tadi, iaitu SGD239 (~RM649).

Manakala Huawei P8 yang baru dilancarkan tadi, adalah telefon pintar terbaik bagi Huawei kini. Ia menampilkan rupa premium besi unibodi yang sangat nipis, hanya 6.4mm tebal dan 144 gram berat. Ia dikuasakn CPU Hisilicon Kirin 930 8-teras 64-bit, berkelajuan sehingga 2.0GHz. ia datang dengan 2 GB RAM dan 16GB storan. Huawei P8 menyokong 4G-LTE pada 2 slot sim bersaiz nano. Tetapi slot kedua berkongsi dengan kad memori mikro-SD.

Huawei menekankan kehebatan kamera belakang 13MP pada Huawei P8 ini, Ia menggunakan sensor RGBW yang dikatakan menampilkan gambar lebih jelas. manakala kamera depannya sebesar 8MP datang dengan mod panorama selfie. Huawei P8 datang siap dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop yang diselaputi antaramuka EMUI 3.0.

huawei p8 emas dan kelabu

Jadi, pada yang berminat dengan rupa premium Huawei P8 yang cun melecun dan seksi ini, jangan lupa membuat tempahan sekarang di lamanweb Vmall di sini. Banyak aksesori percuma dan baucer diskaun TalkBand B2 akan diperolehi oleh penempah awal ini, selewat-lewatnya jam 6 petang pada 18 Jun 2015.

Apa komen anda?