Tak sabar nak Zenfone Selfie? Bacalah 

Share Button

Malaysia bakal memperoleh Zenfone Selfie pada bulan September 2015 dengan harga kurang daripada RM1,000. Pada masa sama juga, empat warna akan disediakan termasuk biru, putih, emas dan merah jambu.

Ia akan dilengkapi dengan RAM sebanyak 3GB yang turut menggunakan kuasa prosesor Qualcomm Snapdragon 615.

Sudah pasti kamera depannya mempunyai resolusi 13MP dan mampu merakam foto pada format HDR yang menjadikan gambar anda sangat mengagumkan walaupun ia kamera depan.

Zenfone selfie - spec

Zenfone Selfie datang dengan saiz skrin 5.5 inci yang mempunyai format 1920 x 1080 piksel dengan kuasa 403ppi.

Zenfone Selfie mempunyai dwi-tona LED flash bagi mengindahkan gambar dan ia juga didatangkan dengan fokus makro sehingga 6sm.

Zenfine Selfie juga mempunyai Zenfone Swing iaitu ‘stand’ telefon yang boleh dipusingkan bagi menangkap foto selfie agak jauh.

Apa komen anda?