Sony mencari bakat baru untuk muka depan Xperia

Share Button

Anda yakin dengan gaya serta penampilan diri sendiri? Apa kata anda sertai uji bakat yang sedang dijalankan oleh Sony Mobile Communications (Sony Mobile). Sony Mobile kini sedang mencari individu unik dan menarik di Asia Tenggara, yang kreatif dan mampu mencipta kelainan dalam kehidupan seharian.

Pencarian bakat ini akan meliputi negara di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam. Hanya satu pengguna Xperia akan dipilih dari ribuan peserta uji bakat ini.

jadilah muka xperia seterusnya 2

Kriteria yang diperlukan pada uji bakat ini, perlu menepati ciri-ciri yang terdapat pada peranti Xperia itu sendiri. Tujuh ciri-ciri digariskan iaitu:

  1. Kalis Air: mampu bertahan di dalam air
  2. Cahaya Malap: mampu melihat di dalam gelap
  3. Bateri 2 hari: mampu berjaga seharian
  4. Pembatalan bunyi bising digital: mampu mengawal hadirin
  5. Audio Hi-res: mampu mendengar bunyi yang sukar didengari orang lain
  6. Remote Play: mampu berlari menerusi dinding
  7. Peranti Pintar: mampu membentuk hari esok

Peserta uji bakat ini juga perlu melihat jauh ke depan, melihat detik-detik istimewa yang tidak dijangka, serta menggapai kecantikan di luar penglihatan. Ciri-ciri istimewa ini bakal memberikan kelebihan kepada peserta.

Pelbagai hadiah menarik menanti bakal pemenang uji bakat ini, seperti peluang menyertai program pemasaran produk Xperia, telefon pintar Sony Xperia Z3, tablet Sony Xperia Z4, serta tambang pergi dan balik termasuk penginapan ditanggung sepenuhnya untuk proses penggambaran di Manila, Filipina.

Kepada yang berminat, borang penyertaan uji bakat ‘Next Face of Xperia‘ boleh didapati di lamanwebnya di sini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Ahad, 14 Jun 2015. Pastikan anda lekas mengisi borang penyertaan sebelum tarikh tutup ini.

Apa komen anda?