Shinjiru, MDeC & Microsoft tawar RM30k kepada ISV

Share Button

Inisiatif Pengkomputeran Awan MSC Malaysia, yang digerakkan oleh agensi ICT kebangsaan, Multimedia Development Corporation (MDeC), melonjak lebih tinggi apabila mengumumkan pelancaran servis awan terbaru yang disediakan oleh pembekal hosting tempatan, Shinjiru.

Di bawah program pecutan Perisian-sebagai-Servis MDeC bagi menghasilkan komuniti pembekal perisian bebas (ISV) kebangsaan, ISV yang layak akan menerima manfaat bernilai RM30,000.

Menurut Naib Presiden MDeC Infotech, Norhizam Kadir berkata, inisiatif ini dihasilkan untuk membantu ISV mengurangkan kos pemasangan awal semasa implimentasi penyelesaian berasaskan awan. Penghasilan ekosistem yang kondusif adalah penting bagi kemajuan ICT di Malaysia. Kerjasama dengan Shinjiru & Microsoft bakal mempercepatkan perkembangan ISV untuk menghasilkan pelbagai perisian dan menggunakannya melalui Awan.

Jeffrey Khow (kiri) dan Norhizam KadirJeffrey Khow (kiri) dan Norhizam Kadir

Manakala bagi Jeffrey Khow, Pengarah Shinjiru pula menjelaskan, servis Sinjiru disediakan untuk membantu ISV tempatan menggunakan servis di Awan dengan lebih cepat dan mudah. Shinjiru telah berkembang ke kedudukan terkini melalui kepakaran dalam bidang infrastruktur Microsoft Cloud OS.

Microsoft Malaysia pula melihat, syarikat tempatan di Malaysia mula beralih arah menuju penyelesaian di Awan kerana dapat melihat penjimatan yang lebih di samping operasi yang lebih efisyen. Microsoft bekerjasama dengan rakaniaga tempatan seperti Shinjiru bagi memberikan pilihan hibrid terbaik kepada pengguna.

Apa komen anda?