Samsung kaut pelbagai anugerah kepercayaan pembaca Readers Digest

Share Button

Readers Digest, salah satu majalah berbahasa inggeris paling lama di Malaysia, mengadakan acara anugerah jenama kepercayaan pilihan pembaca Readers Digest, buat kali ke-17. Anugerah ini menampilkan dua tahap pencapaian, iaitu anugerah Emas untuk jenama yang mendapat undian teratas mengatasi pencabar lain, dan anugerah Platinum untuk jenama yang mendapat undian jauh mengatasi pencabar lain.

RD Trusted Awards 2015 - YB Puan Hajjah Nancy ShukriYB Puan Hajjah Nancy Shukri

Acara anugerah jenama kepercayaan pembaca Readers Digest ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Nancy Shukri. Undian jenama kepercayaan ini dibuat merentasi lima negara iaitu Malaysia, Hong Kong, Filipina, Singapura & Taiwan. Sebanyak 1000 pembaca dari Malaysia turut serta dalam undian ini.

Dari undian ini, Samsung mendapat kepercayaan ramai rakyat di Malaysia, apabila menerima anugerah Platinum bagi kategori telefon pintar dan anugerah Emas dalam pelbagai kategori elektrik & elektronik. Antaranya ialah kategori tv, mesin basuh & peti sejuk.

RD Trusted Awards 2015 - Luke Au dari Samsung menerima anugerah PlatinumLuke Au (tengah) dari Samsung menerima anugerah Platinum bagi Samsung untuk kategori Telefon Pintar

Bagi kategori telefon pintar, jenama yang mendapat anugerah Emas adalah Apple & Sony. Manakala Telekom Malaysia mendapat anugerah Platinum & Maxis pula mendapat anugerah Emas bagi kategori Penyedia Servis Internet (ISP). Untuk kategori kamera, Canon menerima anugerah Platinum, diikuti Nikon dan Sony bagi anugerah Emas. Kategori komputer peribadi pula, menyaksikan Acer dann Apple membawa pulang anugerah Emas.

Keputusan penuh pelbagai lagi kategori lain dalam anugerah ini, boleh dilihat di lamanweb www.rdasiatrustedbrands.com

Apa komen anda?