Pulang berbuka secara percuma bersama Uber

Share Button

Bulan Ramadhan telah tiba, masa untuk umat Islam melaksanakan ibadah puasa. Uber, pemandu peribadi anda, turut sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan, dengan membawa pengguna ke mana-mana destinasi secara percuma, sepanjang bulan Ramadhan ini.

promosi Uber Ramadhan di aplikasi

Tetapi percuma ini ada hadnya. Pertama, tawaran Uber Ramadan ini hanya sehingga 30 Jun 2015. Kedua, ianya percuma dari jam 4 petang hingga 9 malam sahaja. Ketiga, ia percuma sehingga RM25. Lebih dari RM25, kena bayar sendiri. Contohnya, perjalanan kami menggunakan UberX dari Hotel Hilton PJ ke KLCC hanyalah RM27.80. Anda boleh mendapatkan anggaran tambang bila-bila masa, sebelum mula menggunakan perkhidmatan Uber.

UberX PJ Hilton ke KLCC

Untuk mendapatkan promosi ini, hanya taip MYUBERRAMADAN di ruangan promosi di dalanm aplikasi Uber, dan anda akan menerima notis promosi ditambah ke dalam akaun anda.

Kepada anda yang belum pernah mencuba Uber, anda juga boleh mendapatkan kredit percuma RM20 semasa pendaftaran kali pertama. Gunakan kod promosi LOA0R semasa mendaftar, atau daftar menggunakan link di bawah. Bukan anda je dapat kredit RM20 percuma, kami pun dapat juga, jika anda mendaftar menggunakan pautan di bawah ini  🙂
www.uber.com/invite/loa0r

Bagi yang tidak tahu, Uber adalah pemandu peribadi anda. Ia ibarat teksi, tetapi semua transaksi bayaran dibuat tanpa menggunakan wang tunai. Resit perjalanan pula akan dihantar terus ke emel anda. Semua ini, dilakukan melalui aplikasi Uber, yang boleh digunakan di hampir semua peranti mudahalih. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Uber Kuala Lumpur.

Uberloon Theskop

Apa komen anda?