Plaza Lowyat dan The Mines sasaran Stor Microsoft seterusnya

Share Button

Sejak beberapa minggu lepas, Microsoft telah membuka lima Stor Pengedar Berdaftar Microsoft bermula dari KLCC, Sunway Pyramid, One Utama, The Gardens Mall dan terbaru di The Curve. Lebih menarik lagi, pembukaan Stor Microsoft di The Curve disertai oleh acara mengejut lamaran perkahwinan menggunakan paparan tablet Microsoft Surface.

lamaran perkahwinan di pembukaan stor microsoft the curve 2

 

Pelbagai acara dan tawaran menarik berlaku pada setiap kali pembukaan Stor Microsoft ini. Kerana itu, Microsoft berterusan membuka dua lagi Stor Microsoft yang baru, kali ini di Plaza Lowyat dan juga di The Mines.

Stor Microsoft di Plaza Lowyat akan membuat upacara pembukaan pertamanya pada hari Sabtu, 13 Jun 2015. Manakala Stor Microsoft di The Mines pula akan dibuka pada hari Ahad, 14 Jun 2015. Kedua-dua Stor Microsoft ini akan menampilkan pelbagai produk terbaik Microsoft, termasuk telefon pintar Lumia, telefon Nokia, tablet Surface serta perisian seperti Windows 8, Office 365 dan banyak lagi. Ia juga menyediakan pelbagai aksesori keluaran Microsoft dan pihak ketiga bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di Malaysia.

Seperti biasa, banyak aktiviti yang menawarkan hadiah, serta promosi dan diskaun hebat pada pembukaan hari pertama Stor Microsoft. 15 pembeli pertama peranti Lumia atau Surface akan menerima Headphone Monster bernilai RM700 secara percuma, dan 15 lagi pembeli selepas itu akan menerina beg Microsoft bernilai RM200. Semua pembeli peranti Lumia dan Surface pada hari tersebut turut dapat menyertai permainan ‘Live Tiles of Fortune’ untuk peluang menang baucer beli-belah bernilai RM50.

Suasana di pembukaan Stor Microsoft The Curve

Selain ini, pembeli Surface Pro 3 akan menerima Type Cover secara percuma. Manakala pembeli telefon pintar Lumia 640 dan 640 XL akan menerima flip cover dan langganan Office 365 Personal selama setahun secara percuma. Pengunjung Stor Microsoft juga dapat menyertai kemeriahan ini dengan bermain permainan Zombie Tsunami dan membawa pulang hadiah bernilai RM179 jika menang.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tawaran hebat Microsoft Malaysia, pada pembukaan hari pertama Stor Microsoft di Plaza Lowyat dan juga The Mines.

Apa komen anda?