Perayauan antarabangsa di Australia mudah & murah dengan U Mobile

Share Button

umobile_800x100_bm

Malaysia adalah antara negara paling ramai pengguna media sosial. Malah, rakyat Malaysia turut terkenal dengan tabiat selfie dan juga mengambil gambar makanan untuk ditayang di media sosial. Kerana itu, internet adalah suatu perkara penting. Apatah lagi apabila bercuti atau berada di luar negara.

Kerana itu, ketika kami berada di Sydney, Australia selama 4 hari, kami telah membawa bersama kad sim prabayar U Mobile. U Mobile menjanjikan perayauan antarabangsa percuma di Australia, sehingga 50MB data internet setiap hari. Malah dengan hanya RM30 sehari, pengguna prabayar dan pascabayar U Mobile boleh menikmati perayauan data tanpa had di Australia. Bukan 50MB, bukan 500MB tetapi tiada had langsung.

Theskop - U Mobile roaming OZ lapangan terbang Sydney

Berbekalkan kredit sebanyak RM280, kami mendaftar pelan i60 yang dicaj RM60 sebulan untuk 3GB data berkelajuan tinggi di Malaysia. Jadi, tinggallah baki kredit sebanyak RM220 untuk dibawa ke Australia. Untuk menerima perayauan data antarabangsa 50MB percuma setiap hari, akaun prabayar U Mobile haruslah memiliki sekurang-kurangnya RM50 kredit. Kalau ada RM220 baki kredit, #confirmsure lepaslah kan.

Kami mendarat di lapangan terbang Sydney sekitar jam 10 pagi waktu tempatan. Waktu di Sydney 2 jam lebih cepat dari Kuala Lumpur, ataupun GMT+10. Telefon iPhone 6 Plus terus dihidupkan selepas mendarat, dan tetapan data roaming diaktifkan. Di Australia, U Mobile bekerjasama dengan syarikat Telstra. Jadi, haruslah memilih talian Telstra secara manual. Satu lagi, pilih tetapan rangkaian 3G & 2G sahaja, bukan 4G. Tidak dipastikan mengapa, tetapi itulah mesej yang diterima. Jika anda mengaktifkan 4G, ada sedikit masalah rangkaian akan berlaku.

Theskop - U Mobile roaming OZ 001

Satu SMS turut diterima selepas talian Telstra diaktfkan. SMS dari U Mobile ini menerangkan tentang perayauan data percuma 50MB sehari, serta caj maksima RM30 sehari untuk perayauan data tanpa had. Diberitahu juga tentang cara membuat panggilan antarabangsa, iaitu dengan mendail *120*00[kod negara][no telefon]#. Contohnya untuk mendail ke talian mudahalih di Malaysia dari Australia, dail *120*0060181234567#. Caj panggilan ini adalah RM2.20 seminit, manakala SMS pula RM2 setiap satu. Caj panggilan ke negara lain boleh dirujuk di laman web perayauan U Mobile di www.u.com.my/international-roaming/roaming-overseas

Selepas beberapa ketika menggunakan internet di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram serta Whatsapp & Emel, keluar pula notifikasi yang memberitahu 90% penggunaan data percuma 50MB sudah digunakan. Bermakna, ada 5MB lagi boleh digunakan sebelum caj RM30 dikenakan. Dengan pantas, 5MB itu habis digunakan dan caj RM30 dikenakan. Kelihatan baki kredit ialah RM190 selepas ditolak RM30.

Theskop - U Mobile roaming OZ 002

Selepas seharian bertugas pada hari pertama di Sydney, kami periksa semula penggunaan data dan baki kredit sebelum masuk ke alam tidur. Sebanyak 1.6GB data digunakan, kebanyakannya dipinjam oleh peranti lain serta laptop, melalui Wifi Hotspot.

Masuk hari kedua, dengan pantas 50MB data digunakan. Caj RM30 ditolak dari kredit untuk perayauan data tanpa had, meninggalkan baki kredit sebanyak RM160. Penggunaan hari kedua tidak terlalu banyak, berjumlah 2.1GB termasuk 1.4GB data hari pertama. Bermakna, hanya ~700MB digunakan di hari kedua.

Theskop - U Mobile roaming 003

Oleh kerana banyak tugasan terpaksa diselesaikan tengah malam itu juga yang memaksa kami berjaga, seawal jam 2am caj RM30 untuk perayauan data hari ketiga telah ditolak. Maka tinggallah baki kredit sebanyak RM130.

Hari keempat adalah hari untuk keluar dari hotel, dan menuju ke lapangan terbang dan pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 11 pagi waktu Sydney. Pada saat terakhir ini, apabila disemak semula penggunaan data dan baki kredit, sebanyak 4.2GB data digunakan sepanjang 4 hari di Sydney ini, dan sebanyak RM120 kredit dihabiskan untuk perayauan data tanpa had. Data ini kebanyakan masa digunakan berkongsi dengan peranti lain secara Wifi Hotspot.

Theskop - U Mobile roaming OZ in flight return

U Mobile hanya mengenakan RM30 sehari untuk perayauan data tanpa had, kelihatan paling murah dan tiada had berbanding syarikat telekomunikasi lain. Bagi talian pascabayar Telko C dan prabayar Telko X, mengenakan caj RM38 sehari untuk perayauan data di Australia. Pascabayar Telko M dan prabayar Telko H juga sama, perlu membayar sebanyak RM38 sehari tetapi dihadkan untuk 500MB sahaja sehari. Telko D pula, tidak mempunyai pilihan untuk perayauan tanpa had untuk prabayar. Manakala pascabayar Telko D pula dikenakan caj RM36 sehari.

  • U Mobile Prabayar/Pascabayar – RM30 sehari tanpa had
  • Telko C Pascabayar / X Prabayar – RM 38 sehari tanpa had
  • Telko D Pascabayar – RM36 sehari tanpa had
  • Telko M Pascabayar / H Prabayar – RM38 sehari kuota 500MB

Dari pengalaman kami ini, perayauan data dengan U Mobile sangat mudah. Bermula dari mendapatkan pek permulaan prabayar dan menambah nilai yang boleh dibuat di Hypermarket Giant, 7-Eleven dan banyak lagi tempat lain, dan seterusnya menggunakannya perkhidmatan perayauan data antarabangsa. Mudah, Cepat dan Murah. Tiada caj tersembunyi juga. Malah, ia boleh digunakan untuk berkongsi dengan peranti lain melalui Wifi hotspot, tanpa caj tambahan. Lebih banyak info boleh didapati di lamanweb Perayauan Data U Mobile.

Satu sebab kenapa kami mendaftar pelan prabayar U Mobile i60, adalah kerana U Mobile sedang mengadakan promosi penggunaan internet berkelajuan tinggi tanpa had di Malaysia, khusus untuk pelan ini sahaja. Tetapi, ia hanya sehingga 31 Julai 2015. Selepas itu, ia masih boleh digunakan dengan 3GB kuota internet berkelajuan tinggi, dan internet tanpa had berkelajuan 64kbps selepas habis kuota. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb iPhone U Mobile.

 

Di bawah ini, kami berkongsi sedikit gambar semasa TheSkop berada di Sydney, Australia bertemankan perayauan data #confirmsure oleh U Mobile.

Theskop - U Mobile roaming OZ bekerja kerasBekerja keras menghantar berita sambil makan malam di restoran

Theskop - U Mobile roaming OZ pie facsSalah satu pai yang terkenal di Australia, Pie Face

Theskop - U Mobile roaming OZ Blow Mind NandosNando’s di seluruh dunia, dijamin Halal. Tahap Mind Blow!

Theskop - U Mobile roaming OZ Rumah OperaSalah satu lawatan wajib di Sydney ialah Rumah Opera

Theskop - U Mobile roaming OZ Pelabuhan SydneyJambatan di sebelah Rumah Opera, Sydney Harbour Bridge

Theskop - U Mobile roaming OZ pesanan Charles DarwinSalah satu penutup lubang jalan berhampiran Rumah Opera, tentang Charles Darwin

 

umobile_800x100_bm

 

Comments

Trackbacks

  1. […] lanjut tentang penggunaan perayauan data antarabangsa, ikuti pengalaman kami menggunakannya di Australia, dan juga di China. Paling bagus sekali, perayauan data di China membolehkan penggunaan servis […]

Apa komen anda?