Penyertaan anugerah APICTA 2015 kini dibuka

Share Button

Sekali lagi, anugerah berprestij ICT MSC Malaysia Asia Pasifik 2015 (APICTA) akan bermula. Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) yang mengendalikan acara ini, telah mula memanggil penyertaan dari seluruh Malaysia.

Anugerah APICTA telah dimulakan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), dan tahun ini telah masuk tahun ke-16. Sejak tahun 1999, ia telah menampilkan inovasi dan kecemerlangan ICT kebangsaan. Ia diadakan bertujuan mengetengahkan bakat dan juga mengiktiraf kreativiti rakyat tempatan, termasuk kejayaan dan sumbangan bersejarah dalam industri.

logo APICTA

Selain dari pendedahan di peringkat antarabangsa, syarikat yang menyertai APICTA juga dapat meluaskan rangkaian perhubungan mereka, serta akses bertemu pemodal teroka dan pelabur. Ia juga adalah platfrom untuk membandingkan produk dan servis sedia ada.

Peserta APICTA turut diberi peluang untuk menyertai misi pemasaran dan menghadiri pelbagai Program Perkembangan Entrepreneur di bawah kendalian pelbagai institusi terkemuka, seperti Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Amerika Syarikat, serta kebenaran menggunakan logo APICTA yang berprestij.

Terdapat lebih 20 kategori anugerah yang dipertandingakan, dan ia terbuka kepada individu, pelajar, entrepreneur, IKS dan organisasi di Malaysia. Anugerah tertinggi di acara ini ialah Anugerah Perdana Menteri, di mana pemenang akan dipilih dari sejumlah pemenang di malam pengumuman.

Malaysia di APICTA 2014 Indonesia

Pemenang turut akan mewakili Malaysia di peringkat atarabangsa, dalam pelbagai acara. Tahun lepas, Malaysia memenangi dua anugerah dan enam merit di peringkat serantau di Jakarta. Tahun ini, anugerah APICTA antarabangsa akan dihos di Sri Lanka.

Kepada yang berminat untuk menyertai ataupun menghantar penyertaan ke anugerah APICTA 2015, boleh ke lamanweb di http://www.mscapicta.com.my/. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Jun 2015. Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat APICTA MSC Malaysia di:

Tel: +603-40650078
Fax: +603-40650079
Email: apicta@pikom.org.my

 

Banner APICTA 2015

Apa komen anda?