Pelancaran Huawei P8 di Singapura membawanya hampir ke Malaysia

Share Button

Bertempat di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre Singapura, Huawei telah melancarkan telefon pintar utama terbarunya, iaitu Huawei P8 bagi rantau Asia Pasifik. Pelancaran ini turut meliputi pasaran Malaysia, di mana ia akan mula dijual di Malaysia pada 18 Jun 2015. Huawei P8 akan dijual pada harga RM1799 termasuk GST, dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Kelabu.

Huawei P8 menampilkan rupa premium besi unibodi yang sangat nipis, hanya 6.4mm tebal dan 144 gram berat. Ia dikuasakn CPU Hi-Silicon Kirin 930 8-teras 64-bit, berkelajuan sehingga 2.0GHz. Huawei P8 datang dengan 2 GB RAM dan 16GB storan. Ia juga menyokong 4G-LTE pada 2 slot sim bersaiz nano. Tetapi slot kedua berkongsi dengan kad memori mikro-SD.

huawei p8 emas dan kelabu

Huawei P8 memiliki skrin IPS HD Penuh 1920×1080 sebesar 5.2-inci. Ia dipadankan dengan kaca Corning Gorilla Glass 4 yang lebih teguh. Manakala baterinya bersaiz 2680mAh dan tidak memiliki sebarang teknologi pengecasan pantas.

Huawei menekankan kehebatan kamera belakang 13MP pada Huawei P8 ini, Ia menggunakan sensor 4 warna RGBW yang dikatakan menampilkan gambar lebih jelas. Kamera belakang ini juga memiliki penstabil imej optikal (OIS) serta apertur F2.0. Satu teknologi menarik pada kamera ini ialah mod ‘Light Painting’, menghasilkan gambar dengan seni cahaya yang menarik.

image

Manakala kamera depannya sebesar 8MP datang dengan mod panorama selfie. Huawei P8 datang siap dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop yang diselaputi antaramuka EMUI 3.1 keluaran Huawei yang terbaru.

Huawei akan mula menjual Huawei P8 di Malaysia bermula 18 Jun 2015. Pendaftaran minat awal telahpun dibuka di stor online Vmall.my yang datang dengan pelbagai tawaran berupa aksesori percuma dan diskaun membeli Talkband B2.

image

Apa komen anda?