Celcom Tawar Apa yang Chris Angel & David Blaine tak Dapat Lakukan

Share Button

Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini melancarkan pek prabyar terbarunya yang dipanggil, Magic Sim. Pek prabayar ini menawarkan internet 4G, panggilan & sms dalam satu pakej, dengan harga yang menarik.

Pek permulaan Magic Sim berharga RM5, dan datang siap dengan internet asas 64kbps percuma, internet pantas 4G sebanyak 200MB dan 20 minit panggilan serta 20 sms. Pek permulaan ini juga aktif selama 5 hari.

Celcom MagicSim pek permulaan rm5

Tambah nilai kredit prabayar juga akan memberikan lebih nilai kepada pengguna. Hanya dengan menambah kredit RM5, pengguna akan menerima internet 4G sebanyak 50MB serta 5 minit panggilan & 5 sms. Lebih banyak tambah nilai kredit, lebih banyak percuma yang diterima.

Celcom MagicSim reload 2

 

Bagi penggunaan yang lebih, pengguna Magic Sim boleh mendaftar pelan Magic Box. Ia ditawarkan mengikut keselesaan pengguna, samada harian, mingguan atau bulanan dari serendah RM1 sehari untuk 30MB internet 4G & 5 minit panggilan + 5 sms. Manakala pakej bulanan dari serendah RM25 untuk 1GB internet 4G dan 150 minit panggilan + 150 sms.

Celcom MagicSim pelan magic box 2

 

Khas untuk pelancaran Magic Sim, ia menawarkan pelan Magic Box harian RM1 dengan kuota berganda, iaitu 60MB sehari, di samping 5 minit panggilan + 5 sms. Tawaran ini akan tamat pada hujung bulan ini, 30 Jun 2015.

Jika masa aktif prabayar telah tamat, pengguna boleh memanjangkan lagi menggunakan kredit sedia ada. Hanya RM1 untuk tambahan pengaktifan sehari. Semuanya mengikut keperluan pengguna.

Celcom MagicSim extend validity

 

Manakala untuk pengguna yang tidak habis menggunakan data dalam masa aktif, ia boleh dibawa ke depan dan digunakan bersama pendaftaran seterusnya. Anda boleh membawa data tidak digunakan sebanyak pelan yang diaktifkan. Contohnya pelan 1GB boleh dibawa ke depan sebanyak 1GB juga.

Celcom turut menjanjikan, lebih banyak tawaran ajaib akan diperkenalkan untuk Magic Sim setiap bulan. Tawaran ajaib pertama untuk bulan Jun adalah, pelancaran pek Magic Sim ini sendiri.

Pek permulaan prabayar Magic Sim ini akan mula dijual esok, 5 Jun 2015 di semua pengedar sah Celcom. Untuk pengguna prabayar Xpax sedia ada, mereka boleh beralih ke pakej Magic Sim ini dengan hanya menghantar SMS ‘MIG MAGIC’ ke 28882. Pengguna talian lain pula, boleh bertukar ke talian Xpax untuk menggunakan pek Magic Sim, dengan mengunjungi mana-mana pusat Celcom untuk urusan pertukaran talian. Layari juga www.xpax.com.my untuk maklumat lanjut.

Celcom MagicSim perbandingan pelan magic box hotlink digi 2

 

Trackbacks

  1. […] Selepas Maxis melakukan penambahbaikkan pada pelan prabayar mereka melalui Hotlink FAST Prepaid, Celcom juga tidak mahu ketinggalan. M4GIC SIM adalah kesinambungan kepada pelan MAGIC SIM yang telah mereka lancarkan Jun tahun lalu. […]

  2. […] prabayar Xpax Magic SIM dari Celcom, menjanjikan kejutan setiap bulan. Bulan lepas, Celcom mengumumkan pemberian tiket […]

  3. […] perbandingan, prabayar Xpax MAGIC Sim memberi data berkelajuan tinggi 10MB dengan setiap tambah nilai RM1. Ini bermakna, tambah nilai […]

Apa komen anda?