P1 yang sudah berubah tawar sebulan internet percuma

Share Button

Lama tak kedengaran berita dari penyedia internet Wimax ni, tetapi Packet One Networks Sdn Bhd (P1) baru-baru ini mengumumkan kempen baru yang diberi nama “Ready to P1ay”. Melalui kempen ini, P1 mahu menarik pengguna baru dengan memberikan sebulan internet percuma kepada pengguna, tanpa bayaran pendahuluan. Ianya diadakan seiring dengan rangkaian 4G mereka yang baru dipertingkatkan.

Kempen ini bermula dari 10 Jun 2015 dan dalam masa yang terhad. Pengguna boleh mendapatkan diskaun sebulan percuma, dengan melanggan pelan P1 ForHome®, ToGo® dan ForBiz® dengan kontrak 24 bulan. P1 kini menampilkan rangkaian dan servis lebih baik, menerusi kerjasama P1 yang baru, di antara Telekom Malaysia dan juga SK Telecom.

P1 ready to p1ay

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran P1, Lai Shu Wei, kerjasama dengan TM pada tahun lepas, memberikan lonjakan kepada P1 dari segi sumber dan kestabilan serta kapasiti rangkaian. Di masa akan datang, P1 akan melancarkan rangkaian mudahalih menerusi 4G-LTE.

Sepanjang masa kempen ini, orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti dan peraduan yang diadakan di Facebook P1, iait P1 Connect. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang bertuah.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini, boleh didapati di lamanweb www.readytop1ay.com.my. lain-lain maklumat turut boleh didapati di Blog P1.

P/S: Sedikit maklumat tambahan, dari maklumat yang boleh didapati dari ruang FAQ, pengguna tidak akan dikenakan caj bulanan pada bulan pertama serta bayaran pendahuluan, tetapi masih perlu membayar caj pengaktifan RM106 dan juga yuran pendaftaran RM53.

 

Trackbacks

  1. […] pascabayar TMgo ini dilihat hampir serupa dengan tawaran jalurlebar tanpa had P1. Tetapi TMgo beroperasi menggunakan rangkaian LTE pada band 850Mhz, berbeza dengan P1 yang […]

Apa komen anda?