Microsoft Office mula wujud dalam Android

Share Button

Perlu edit tesis, tapi anda cuma ada peranti Android? Tak ada masalah. Sekarang Word, Excel dan PowerPoint boleh dimuat turun dan digunapakai dalam telefon pintar Android.

Microsoft kini menawarkan kesemua aplikasi di atas malah turut menghasilkan UI yang mudah digunakan dengan skrin sentuh yang kecil. Sebelum ini Microsoft telahpun menawarkan Outlook OneNote dan OneDrive untuk peranti Android.

Dengan penambahan ini, pengguna Android kini boleh mencipta dan mengakses dokumen penting pada bila-bila masa dan meneruskan kerjasama kumpulan dengan rakan setugas dengan cepat dan mudah.

MS Office Kini di Android

Fail Word, Excel dan PowerPoint di telefon Android anda boleh disimpan di dalam storan OneDrive, OneDrive for Business, Dropbox, Google Drive, Box dan SharePoint untuk diakses kemudiannya melalui peranti lain pula.

Aplikasi-aplikasi ini percuma, tapi jika anda langgan Office 365 anda juga boleh menikmati lebih banyak ciri dalam aplikasi, setoran sebanyak 1TB di OneDrive dan 60 minit panggilan Skype setiap bulan.

Muat turun aplikasi ini di Google Play dan ketahui lebih lanjut mengenainya di https://blogs.office.com/

 

Apa komen anda?