Membeli-belah sepuas hati di 11street

Share Button

Lumrah manusia, sentiasa inginkan pelbagai benda. Paling tidak, melayari pelbagai lamanweb membuatkan diri ini sangat-sangat mahu membeli perkara yang dipaparkan. Salah satu tempat tersebut, mungkin adalah laman 11street.my.

Lahir pada tahun 2008, 11street adalah laman e-dagang paling popular di Korea Selatan, lebih tepat lagi nombor 1. 11street telah berkembang di peringkat antarabangsa, dengan keberadaan di Turki dan juga Indonesia. Tahun ini, 11street melebarkan sayapnya ke Malaysia dan memperkenalkan lamanweb e-dagang 11street.my.

Membeli-belah di 11street sangat mudah. Daftar akaun di 11street.my dan anda boleh terus membuat pembelian. Bayaran boleh dibuat melalui pelbagai saluran seperti kad debit & kad kredit, perbankan dalam talian, ATM, pemindahan baki bank, ataupun melalui sistem Celcom AirCash.

 

Apa yang menarik di 11street?

11-street-gundam

Apa perkara yang sangat menarik di 11street ni? Pastinya teknologi, permainan & gajet. 11street mempunyai senarai yang banyak berkaitan tiga perkara ini, semuanya di dalam kategori Elektronik, Kids & Baby serta Sports & Leisure. Ia ditawarkan dengan harga yang berpatutan juga.

Bagi peminat barangan permainan, pasti tidak sabar nak mendapatkan set Lego Star Wars. Oh, ada set Lego Star Wars Slave I dengan harga yang menarik. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih berunsur Jepun, pilihan figura Gundam terdapat dengan banyaknya di sini, termasuk pelbagai peralatan untuk membinanya.

Peralatan berteknologi tinggi yang memang menjadi idaman ramai seperti telefon pintar terkini, drone mahupun permainan konsol juga terdapat di gudang 11street.

 

Membeli-belah di hujung jari

11street-app

Perkara yang paling bagus (atau mungkin paling teruk untuk poket) adalah bagaimana 11street menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih mudah. Sebagai contoh, aplikasi mudahalih di Android dan iOS membolehkan pengguna melihat dan membeli semua barangan di 11street di mana jua, bila-bila masa. Paling hebat, 11street memberikan kredit beli-belah percuma serta kupon diskaun untuk menarik minat anda sebagai pembeli.

11street kini sedang mengadakan acara Credit Blossom untuk pengguna yang memuat turun aplikasi mudahalih 11street. Sehingga RM100,000 kredit beli-belah untuk dimenangi, semudah muat turun aplikasi dan menggunakannya. Kredit untuk dimenangi ini datang dalam bentuk RM1, RM11, RM111 sehinggalah RM1,111 setiap hari.

Tawaran ini berjalan sehingga 30 Jun 2015. Jadi segera memuat turun aplikasi 11street di Android dan iOS untuk peluang memenanginya. Mungkin PlayStation 4 yang anda idamkan menjadi sedikit murah dengan peluang kredit percuma ini. Rujuk lebih info di sini.

 

Lebih banyak tawaran musim perayaan

gaya-raya-11street

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, 11street turut mengadakan kempen khas, Gaya Raya. 11street menawarkan kupon diskaun bernilai RM20, RM50 & RM200. Tetapi ada syaratnya. Ketiga-tiga kupon ini boleh dimuat turun hanya sekali saja setiap hari, pada pukul 11 pagi dan 9 malam sahaja. Kupon ini terhad, jadi anda perlu pantas mendapatkannya. Tetapi usah khuatir, kempen ini berjalan sehingga 30 Jun 2015.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Gaya Raya ini, layari lamanweb Gaya Raya 11street di sini.

Tunggu apa lagi, segera dapatkan barangan idaman yang anda perhatikan tadi di 11street, melalui dua tawaran hebat yang disebut di atas tadi, Cherry Blossom dan Gaya Raya. Pasti ada benda yang dapat menceriakan hari anda.

Layari lamanweb www.11street.my dan berbelanjalah sepuas hati anda.

Comments

    • TheSkop

      Kalau daftar dengan Facebook, boleh login 11street terus. Kalau daftar guna emel, kena dapatkan verification emel dulu, lepas tu klik link verify untuk selesaikan pendaftaran, lepas tu boleh login. Kalau ada masalah lagi, boleh cuba dapatkan bantuan dari sokongan pelanggan 11street di talian 03 2720 0000 atau emel ke hello@11street.my

Apa komen anda?