Slurp! Cook beri lebih ruang peniaga masakan di rumah

Share Button

Selain pergi makan di restoran, banyak juga kedai menyedeiakan perkhidmatan penghantaran makanan. Lewat kini, semakin banyak peniaga dari rumah membuat makanan mengikut tempahan dan dihantar ke kawasan sekitar. Perkara ini sangat popular kini di Lembah Klang. Kerana itu, Silent Mode Sdn Bhd, syarikat teknologi perisian yang bertumpu di dalam pasaran “Food &Beverage” hari ini melancarkan versi beta aplikasi Slurp! Cook.

Slurp! Cook adalah alatan baru untuk kegunaan penjual-penjual makanan yang dimasak di rumah di kawasan Lembah Klang. Selepas penjual makanan online memuat naik menu makanan mereka menggunakan Slurp! Cook, pelanggan kemudiannya boleh melihat senarai makanan yang disediakan, dan menempahnya dengan mudah melalui aplikasi Slurp!.

antaramuka aplikasi slurp cook

Aplikasi Slurp! Cook kini telah tersedia untuk digunakan melalui telefon pintar berasaskan Android. Dengan Slurp! Cook, penjual boleh menyenaraikan makanan dan menukar menu, segera menerima notifikasi bilamana ada pelanggan membuat pesanan, dan, juga mengakses laporan-laporan jualan.

Slurp! Cook adalah percuma dan ia diedarkan secara persendirian oleh Silent Mode ketika ini. Penjual-penjual mesti berdaftar dengan Silent Mode dahulu sebelum menggunakan Slurp! Cook.

Kedai yang dibuka oleh penjual-penjual akan dipapar di bahagian Delivery dalam aplikasi mudahalih Slurp! di mana pelanggan boleh menyemak menu dan membuat pesanan terus dari telefon mereka. Pelanggan-pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudahalih Slurp! yang terbaru secara percuma, untuk telefon berasaskan Android dan di iOS.

Ciri-ciri Utama Slurp! Cook versi beta ini adalah:

• Penyediaan menu melalui dashboard yang mudah & cepat
• Notifikasi segera apabila pesanan masuk
• Laporan analisis jualan dari Slurp! Cloud

Reza Razali, pengasas bersama Silent Mode berkata, Slurp! Cook dapat membantu pengusaha perniagaan mikro cekap menguruskan pesanan pelanggan. Laporan analisa terus dari internet juga membantu pengusaha membuat keputusan lebih bijak. Demam puasa dan raya yang bakal tiba tidak lama lagi pasti menarik minat ramai pelanggan yang berminat dengan masakan di rumah, melihat menu makanan yang ada seterusnya dengan mudah membuat pesanan serta penghantaran terus dari telefon mereka.

pasukan slurp cookPasukan yang membangunkan aplikasi Slurp!

Pengusaha-pengusaha makanan yang berminat untuk menggunakan Slurp! Cook boleh bermula dengan menghantar maklumat untuk dihubungi kepada Silent Mode melalui borang yang disediakan di lamanweb: www.getslurp.com/slurp-cook

Trackbacks

  1. […] post Lihat menu & Pesan terus masakan dari rumah dengan Slurp! Cook appeared first on […]

Apa komen anda?