Laptop Inspiron 5000 dan Desktop Inspiron yang lebih menawan diperkenal

Share Button

Dell Malaysia berterusan memperkenalkan produk baru bulan ini. Terkini, Dell Malaysia membawakan laptop dan desktop dari siri Inspiron, mensasarkan untuk pengguna di rumah. Laptop Inspiron siri 5000 dan Desktop inspiron 24 siri 3000 diumumkan kedatangannya ke Malaysia.

Laptop Inspiron siri 5000 menawarkan rekaan menarik, fungsi pelbagai dan prestasi yang diperlukan tidak kira untuk melayari internet, menulis kertas kerja, mengedit video ataupun berbual di web. Dua jenis skrin ditawarkan iaitu sebesar 14-inci dan juga 15-inci, dengan resolusi HD 720p ataupun HD Penuh 1080p.

Dell Inspiron 5000 depan Dell Inspiron 5000 belakang

Pengguna turut boleh menambah beberapa fungsi dan perkakas ke dalam laptop Inspiron ini dengan pilihan seperti touchpad precision, papankekunci berlampu, dan fungsi True Color yang boleh mengubah suhu warna skrin. Beberapa pilihan warna disediakan seperti Merah, Hitam, Kelabu, Putih dan juga Biru.

Desktop Inspiron 23 siri 3000 pula adalah salah satu desktop semua-dalam-satu (AIO) dengan paparan paling nipis di pasaran kini. Ianya direka sangat mudah untuk diguna dan diuruskan. Rekaannya yang nipis dengan pembesar suara terbina, menjadikan ia mudah diletakkan di mana jua di dalam rumah. Penyokong yang boleh disimpan dan penggunaan satu wayar sahaja menjadikannya sangat mudah disediakan bila-bila masa.

Dell Inspiron 24 3000 Semua-dalam-satu

Desktop Inspiron 24 ini mempunyai skrin 23.8-inci HD Penuh dengan paparan IPS yang lebar sudut penglihatannya. Grafiknya digerakkan oleh AMD Radeon siri-R yang berkuasa menjalankan tayangan video dan permainan. Pilihan port yang banyak seperti USB 2.0, USB 3.0, pembaca kad memori dan rangkaian ethernet terbina di samping WiFi, menjadikannya komputer yang mudah berhubung dengan apa jua. Dua pilihan warna disediakan iaitu Putih dan Hitam.

Dell turut mengumumkan akan menghasilkan Desktop Inspiron yang baru. Ia akan menampilkan CPU terbaru dari Intel dari siri Braswell dan juga grafik terkini dari AMD Radeon dan Nvidia. Kemasan luarnya akan dihiasi warna hitam berkilat dengan sentuhan warna merah dan perak untuk memberikan rasa premium. Pemacu optikal, dua port USB 3.0 dan pembaca kad memori akan diletakkan di hadapan agar mudah diakses. Storan sehingga 2TB boleh dimuatkan untuk menjadikannya perpustakaan digital di rumah, yang menyimpan pelbagai kandungan media.

Dell Inspiron Desktop baru merah hitam

Laptop baru Dell Inspiron siri 5000 ini sudah boleh mula dibeli di Malaysia dan juga melalui lamanweb www.dell.com.my, dengan harga bermula dari RM2,349. Manakala Desktop Inspiron dengan rekaan baru ini akan mula dijual pada akhir tahun ini.

Apa komen anda?