Kualiti rangkaian Maxis 4G diuji melalui blind-drift

Share Button

Demi membuktikan pelayaran & penstriman pantas Maxis 4G LTE sepanjang masa, Maxis membawa sekumpulan media untuk mencuba sendiri kualiti rangkaian Maxis 4G LTE. Ujian ini dilakukan melalui blind-drifting, ataupun meluncur kereta dengan cerminnya digelapkan. Merbahaya bukan?

Maxis 4G LTE Blind Drift - kereta BMW

Acara ini adalah salah satu dari ujian mencabar dari Maxis, di mana sebelum ini Morten Bangsgaard, CTO Maxis mempertaruhkan nyawanya dalam pelbagai ujian merbahaya menggunakan rangkaian Maxis 4G LTE. Dalam ujian ‘blind-drift’ ini, Maxis ingin menunjukkan prestasi rangkaian 4G LTE Maxis yang kekal stabil, terutama ketika strim secara langsung dibuat.

Maxis 4G LTE Blind Drift - CTO Morten BangsgaardCTO Maxis, Morten Bangsgaard

Pada acara ‘blind-drift’ ini, Maxis dengan kerjasama Pengajar Pemanduan Maju BMW (advanced Driving Instructor) Ray Leong, melakukan drift di litar yang direka khas, di dalam kereta yang digelapkan cermin sepenuhnya. Berpandukan skrin telefon pintar di atas dashboard yang membuat strim lansung ke webcam di atas bonet kereta, pemandu drift melakukan pelbagai aksi drift. Aksi drift pasti terganggu jika terdapat lengah masa semasa strim lansung ini, tetapi Maxis membuktikan strim yang lancar tanpa gangguan sepanjang acara ini.

Tahun ini sahaja, Maxis telah melaburkan lebih RM1 bilion untuk infrastruktur fiber baru. Kerana itu, Maxis yakin yang rangkaian 4G LTE Maxis adalah yang terbaik. Untuk membuktikannya, Maxis akan membuka lamanweb yang memaparkan kelajuan rangkaian Maxis di bandar-bandar utama secara nyata. Lamanweb ini akan mula beroperasi pada 1 Julai 2015.

Lagi video berkaitan aksi ngeri ‘Man vs ‘Network’ dengan mempertaruhkan kelajuan Maxis 4G di bawah:

 



Apa komen anda?