Kini semua boleh beli Galaxy S6 Topaz & S6 edge Emerald

Share Button

Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan, warna eksklusif bagi Galaxy S6 iaitu Biru Topaz dan Galaxy S6 edge iaitu Hijau Emerald, kini boleh didapati di semua pengedar sah serta Stor Samsung Malaysia. Sebelum ini, Galaxy S6 Biru Topaz dijual secara eksklusif oleh Celcom sahaja. Manakala Galaxy S6 edge Hijau Emerald, boleh didapati dari Maxis sahaja.

Galaxy S6 serta S6 edge datang dalam tiga warna yang serba baru dan menawan, iaitu Putih Mutiara, Hitam Sapphire & Emas Platinum. Warna keempat, didatangkan berbeza untuk keduanya, iaitu Biru Topaz bagi Galaxy S6 dan Hijau Emerald hanya untuk S6 edge. Di Malaysia, Galaxy S6 dengan storan 32GB dijual pada harga RM2,599 manakala Galaxy S6 edge 32GB berharga RM3,099. Terdapat juga Galaxy S6 edge 64GB, yang dijual pada harga RM3,599. Kesemua harga ini adalah termasuk GST.

Galaxy S6 & S6 edge boleh dibeli bersama plan kontrak dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis & U Mobile. Manakala belian terus boleh didapati di kedai seperti Senheng dan Stor Samsung Experience serta mana-mana pengedar sah Samsung yang lain.

S6 biru dan S6 edge hijau kini dijual di Malaysia

Galaxy S6 dan S6 edge adalah telefon pintar utama serba baru dari Samsung. Ia datang dengan pelbagai ciri terbaik masakini seperti CPU Exynos 7420, 3GB RAM LPDDR4, skrin QuadHD 2560×1440, kamera utama 16MP dengan apertur F1.9. pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar serta pengimbas cap jari dan pengesan degupan jantung. Galaxy S6 edge pula datang dengan ciri tambahan, iaitu skrin unik yang lengkung di kedua-dua sisinya. Ia memberi fungsi tambahan seperti kerlipan lampu di sisi semasa panggilan masuk dan juga notifikasi baru di sisi skrin.

Dapatkan pelbagai laporan kami mengenai Galaxy S6 dan S6 edge di pautan ini: www.theskop.com/GalaxyS6

Galaxy S6 edge semua warna-warni Galaxy S6 semua warna warni

Apa komen anda?