JOI Kindertab diperkenalkan bantu pembelajaran kanak-kanak

Share Button

Dunia yang semakin canggih, membuatkan semakin ramai kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai peranti digital seperti telefon pintar dan tablet. Malah, penggunaannya kini boleh dimulakan dari peringkat pra sekolah atau tadika lagi, apa bila JOI, pengeluar tablet tempatan memperkenalkan JOI KinderTab.

JOI KinderTab adalah tablet Android yang dikuasakan CPU Intel Atom, yang direka khas untuk kegunaan pembelajaran pra-sekolah. JOI kindertab didatangkan dengan 1GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia mempunyai skrin sebesar 7-inci dan menjalankan Android 4.4 Kitkat. JOI Kindertab dihasilkan dengan kerjasama Intel Malaysia, SNS Network dan Myteach.

JOI Kindertab dihasilkan intel sns myteach krista

Rekaan JOI KinderTab sangat mesra kanak-kanak, dengan warna cerah serta casing luaran bergetah agar tahan lasak. Ia juga memiliki stylus yang boleh diikat pada casing. Joi Kindertab dipenuhi dengan pelbagai aplikasi pembelajaran dengan kandungan berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Bersama pelancaran JOI KinderTab, Myteach turut mengumumkan kerjasama dengan Krista Education, untuk menjalankan kajian perintis penggunaan JOI KinderTab. Krista Education akan menjadi kumpulan pertama di Malaysia menggunakan JOI KinderTab sebagai alat pembelajaran di sekolah, dan seterusnya memberi maklumbalas kepada Myteach untuk menghasilkan lebih banyak fungsi membantu pembelajaran murid dan pengajaran guru.

JOI Kindertab di Krista Education

JOI Kindertab kini boleh dibeli pada harga RM499 (tidak termasuk GST) di pusat beli-belah AEON dan juga dari pengedar sah tablet JOI di seluruh Malaysia. JOI Kindertab juga boleh dibeli dalam talian melaui lamanweb Gloo, Lazada Malaysia, Lelong dan juga Myteach360.com.

Apa komen anda?