Internet Malaysia terganggu, khusus di talian TM

Share Button

Mungkin ramai pengguna di Malaysia ada merasakan kelembapan talian internet TM seperti Streamyx dan Unifi. Dari maklumat yang diperkatakan di sekitar laman sosial, TM kini sedang berhadapan dengan masalah DNS yang menjejaskan kebanyakan pengguna internet TM.

Sehingga masa ditulis kini, TM masih belum memberi sebarang kenyataan tentang permasalahan ini mahupun tempoh masa pemulihan akan selesai. Mungkin kita akan dapat mendengar dari TM dalam masa terdekat.

tak pasti internet ke piksel problem

DNS adalah singkatan dari Domain Name Server. Ia bertindak sebagai pengubah nama domain atau nama lamanweb, kepada alamat IP dalam format bernombor. Manusia lebih mudah mengingati nama, berbanding angka yang panjang. Tetapi pelayan internet hanya boleh membaca angka. Di sini, DNS memainkan peranan penting, ibarat buku direktori telefon. Nombor telefon ini, akan disambungkan ke orang ini. Jadi, apabila terdapat gangguan, yang membawa lamanweb ke alamat IP berbeza, ia akan menimbulkan huru-hara.

Jika anda tahu, mungkin boleh cuba menggunakan DNS berlainan untuk penyelesaian sementara. Antara DNS yang popular ialah Google DNS dan juga OpenDNS.

Apa komen anda?