Huawei perkenal barisan peranti mampumilik P8 Lite, Y3, Y5 dan Tablet T1

Share Button

Bersama pelancaran Huawei P8 semalam, Huawei Malaysia turut sama memperkenalkan Huawei P8 Lite, dengan spesifikasi lebih rendah. Huawei juga memperkenalkan beberapa peranti mampumilik iaitu telefon pintar Huawei Y3, Huawei Y5 & tablet Huawei T1.

Huawei P8 Lite adalah peranti dengan skrin IPS 5-inci HD 1280×720, serta badan yang senipis 7.7mm sahaja. Bagaimanapun, badannya diperbuat dari plastik, dengan kerangka tepi diperbuat dari besi. Tetapi, Huawei P8 Lite dilengkapi kamera belakang 13MP, dengan apertur 2.0 dan lensa lebar 28mm. Kamera depannya pula 5MP dengan lensa lebar 22mm.

Huawei P8 lite Depan Huawei P8 Lite Belakang

Huawei P8 Lite dikuasakan CPU 64-bit Kirin 620 8-teras berkelajuan 1.2GHz. Ia digandingkan dengan 2GB RAM & 16GB storan dalaman. P8 Lite menyokong dua kad-sim nano 4G LTE. Tetapi slot kedua kad sim ini berkongsi tempat dengan kad memori mikro-SD. P8 Lite mempunyai bateri tidak bolehubah 2200mAh dan menggunakan Android 5.0 Lollipop serta antaramuka EMUI 3.1.

 

Telefon Pintar Huawei Y3 Putih

Telefon pintar Huawei Y3 pula adalah telefon pintar Huawei paling murah boleh didapati kini. Huawei Y3 dikuasakan CPU Spreadtrum 7731 4-teras 1.3 GHz, dengan 512MB RAM dan 4GB storan dalaman. Ia mempunyai skrin 4-inci beresolusi 800×480. Kamera belakangnya 5MP manakala kamera depan 2MP. Huawei Y3 mempunyai 2-slot kad sim yang menyokong 3G, dengan bateri berkapasiti 1730mAh. Ia menjalankan Android 4.4 KitKat dengan antaramuka EMUI 3.0 Lite.

 

Telefon Pintar Huawei Y5 Hitam

Manakala telefon pintar Huawei Y5 mempunyai skrin 4.5-inci 960×540, dan menyokong dwi-sim 3G. Huawei Y5 menggunakan CPU Spreadtrum 7731 4-teras 1.3 GHz, dengan 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Kamera belakang Huawei Y5 sebesar 8MP manakala kamera belakang 2MP. Huawei Y5 menggunakan sistem operasi Android 4.4 Kitkat dengan antaramuka EMUI 3.0 Lite.

 

Tablet Huawei T1 Silver

Tablet terbaru mampumilik Huawei, iaitu Huawei T1 menampilkan tablet yang kad sim 3G, dengan skrin 7-inci beresolusi WSVGA 1024×960. Huawei T1 digerakkan CPU Spreadtrum SC7731G, 4-teras 1.2GHz bersama 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Huawei T1 mempunyai kamera depan dan belakang 2MP, serta bateri berkapasiti 4100mAh. Ia dijalankan oleh Android 4.4 Kitkat bersama antaramuka EMUI 3.0.

Kesemua peranti pintar baru Huawei ini, boleh mula dibeli di Malaysia. Huawei P8 Lite dijual pada harga RM899, manakala Huawei Y3 berharga RM249. Huawei Y5 pula berharga RM339 dan tablet Huawei T1 berharga RM649. Semua harga ini termasuk GST 6%. Huawei kini sedang mengadakan pameran produk terbaru ini di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur, sehingga hari Ahad 21 Jun 2015.

Apa komen anda?