Huawei P8 Lite tampil dalam senyap

Share Button

Esok, 2 Jun 2015 adalah hari pelancaran  Huawei P8 bagi rantau Asia Tenggara. Telefon pintar utama terbaru dari Huawei ini, dilancarkan bersama P8 Max, phablet dengan skrin 6.8-inci di London bulan April lepas. Tetapi tidak lama selepas itu, model lebih rendah, Huawei P8 Lite turut muncul.

Tetapi sebelum diumumkan secara rasmi, telah muncul berita menarik di Malaysia. Huawei P8 Lite telah kelihatan di dalam pengkalan data SIRIM hari ini. Kod nama ALE-L21 adalah kod nama yang digunakan untuk Huawei P8 Lite. Ini menandakan ia bakal membuat kemunculan di pasaran Malaysia.

Huawei P8 Lite adalah versi Huawei P8 yang lebih rendah. Ia memiliki skrin lebih kecil dan resolusi lebih rendah, dengan saiz 5-inci beresolusi HD 1280×720 sahaja. Ia datang dengan 2GB RAM & 16GB storan dalaman, serta bateri berkapasiti lebih kecil, iaitu 2200mAh sahaja. Kamera belakangnya tidak memiliki sensor RGBW seperti Huawei P8, tetapi kekal 13MP & kamera depan pula 5MP.

Di Jerman, Huawei P8 Lite diumumkan harganya EURO 249 (~RM1011) manakala di Hungary, ia berharga Hungarian Forint 79,999 (~RM1,059). Dengan pelancaran Huawei P8 & P8 Max di Singapura, kita boleh jangkakan juga kemunculan Huawei P8 Lite ini esok. Nantikan laporan secara langsung kami dari Singapura semasa pelancaran Huawei P8.

[SUMBER]

huawei p8 lite PUTIH sisi kanan

Apa komen anda?