Huawei P8 Lite ringan pada perkakas bukan pada berat

Share Button

Turut sama muncul di Singapura di samping Huawei P8, adalah telefon pintar Huawei P8 Lite. Ia mempunyai rekaan seakan Huawei P8, tetapi dengan skrin lebih kecil serta perkakas yang lebih rendah prestasinya. Ia disasarkan untuk pengguna yang mahu peranti dengan rupa premium tanpa harga yang mahal.

Huawei P8 Lite dikuasakan CPU Kirin 620, dengan 8-teras berkelajuan sehingga 1.2GHz dengan keupayaan 64-bit. Ia dipadankan dengan 2GB RAM serta 16GB storan dalaman. Ia juga menyokong internet berkelajuan tinggi 4G-LTE.

kamera belakang Huawei P8 lite kamera depan Huawei P8 lite

Huawei P8 Lite mempunyai skrin IPS HD 1280×780. Ia kekal dengan kamera belakang 13MP yang disertakan apertur F2.0 tetapi tiada teknologi 4 warna RGBW. Manakala kamera depan pula 5MP.

Badan Huawei P8 Lite tidak menggunakan besi sepenuhnya seperti Huawei P8. Ia dilengkapi plastik sebagai badan luaran, dengan kerangka besi di tengah. Ini menjadikan tebalnya 7.7mm.

Huawei P8 Lite akan mula dijual di Singapura hujung bulan Jun ini, dengan harga SGD 329 (~RM899). Belum ada maklumat untuk pasaran Malaysia, tetapi dijangka ia tidak lama selepas penjualan di Singapura.

harga Huawei P8 lite

Apa komen anda?