Huawei P8 kini rasmi merakam ekor cahaya di Malaysia

Share Button

Selepas muncul di London & Singapura, telefon pintar utama terbaru dari Huawei, P8 akhirnya dilancarkan dengan rasmi di Malaysia. Tetapi, P8 membawa bersama versi mininya, Huawei P8 Lite bersama di pelancaran hari ini.

Telefon pintar Huawei P8 membawa banyak perkara baru berbanding P7. Kali ini, ia mempamerkan badan besi unibodi sepenuhnya, dengan ketebalan senipis 6.4mm. Skrin Huawei P8 sebesar 5.2-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1080.

Huawei P8 Depan

Huawei turut melengkapkan teknologi ‘knuckle sense’, yang dapat membezakan sentuhan hujung jari & belakang jari. Rakaman skrin boleh dibuat pantas, dengan mengetuk skrin dua kali menggunakan belakang jari sahaja.

Dari segi spesifikasi, Huawei P8 dilengkapi CPU Kirin 930 64-but dengan 8-teras berkelajuan 2.0GHz, bersama 3GB RAM. Ia menyokong dwi-sim 4G-LTE, dengan sim kedua berkongsi slot dengan kad memori mikro-SD. Baterinya berkapasiti 2680mAh yang dikatakan mampu bertahan sehari.

Huawei P8 Belakang

Kamera utama Huawei P8 mempunyai resolusi 13MP, dengan sensor RGBW yang boleh mengambil gambar lebih baik dari sensor biasa RGB. Ia turut memiliki apertur F2.0 dengan dwi-tona LED Flash dan juga penstabil imej optikal (OIS). Kamera hadapan pula beresolusi 8MP, dengan pelbagai fungsi menarik seperti Beautify dan juga panorama selfie.

Kamera Huawei P8 kini disertakan fungsi unik, seperti ‘Light Painting’ yang merakam pergerakan cahaya, serta ‘Director Mode’, yang boleh menghubungkan sehingga 4 telefon pintar sekaligus untuk merakam video.

Pengguna kali ini bukan sahaja mendapat telefon pintar dengan rekabentuk premium, tetapi kotaknya juga direka premium. Ia diperbuat dari plastik, yang dihasilkan oleh Huawei Design.

Huawei P8 spec dan harga

Huawei P8 dijual di Malaysia bermula hari ini, berharga RM1799 termasuk GST dengan dua pilihan warna, Titanium Grey & Mystic Champagne. Huawei turut mengadakan pameran di Pavilion Kuala Lumpur, bermula 18-21 Jun 2015. Pengguna boleh mendapatkan Huawei P8 bersama pelan Celcom First & menerima TalkBand B2 secara percuma.

Pameran Huawei P8 Pavilion Huawei P8 dilancarkan di Malaysia

Trackbacks

  1. […] P8 adalah telefon pintar utama Huawei yang dilancarkan tahun lepas. Ia menampilkan badan besi penuh yang sangat nipis, setebal hanya 6.4mm sahaja. Huawei […]

Apa komen anda?