HTC INK edisi terhad pertama hasil seni Jourdan Dunn

Share Button

HTC, pengeluar telefon pintar terkenal di dunia, mengumumkan kerjasama dengan supermodel yang juga ikon fesyen sedunia, Jourdan Dunn untuk menghasilkan edisi terhad, telefon pintar HTC One M9+ INK.

Bintang antarabangsa yang terkenal di lapangan fesyen, kempen pengiklanan serta majalah ini, bekerjasama dengan Cally-Jo bagi menghasilkan rekabentuk HTC INK yang pertama. Ia mempamerkan bentuk tangan terbuka serta mata, yang menggambarkan perlindungan dan kekuatan.

HTC INK by Jourdan One M9+

Manakala elemen daun dan corak di luar rekaan mempamerkan kreativiti yang cuba diluahkan sendiri oleh Jourdan, semasa melakar rekaan ini. Matahari dan bulan pula melambangkan keseimbangan dan harmoni dalam peribadi.

HTC INK adalah kempen edisi terhad yang disertai pelbagai selebriti, bagi memperlihatkan hasil seni tangan mereka, diabadikan secara eksklusif pada telefon pintar premium keluaran HTC.

Jourdan Dunn bersama HTC INK

Trackbacks

  1. […] post HTC INK edisi terhad pertama hasil seni Jourdan Dunn appeared first on […]

Apa komen anda?