Gelang Pintar Huawei TalkBand B2 mula dijual di Malaysia

Share Button

Gelang pintar Huawei yang terbaru, TalkBand B2 yang pertama kali diperkenalkan di MWC Barcelona yang lepas, akan mula dijual di Malaysia minggu ini, bersama ketibaan telefon pintar Huawei P8 di Malaysia. Kini, harga Huawei TalkBand B2 telah diketahui apabila ia telah mula dijual di stor dalam talian Huawei, iaitu Vmall.my

Huawei Talkband B2 harga

Huawei Malaysia menyenaraikan tiga model TalkBand B2, dengan warna dan tali strap yang berbeza. Warna putih dan hitam dengan strap getah, dipaparkan berharga RM558. Manakala Talkband B2 berwarna emas dan strap kulit pula berharga RM668. Kesemua harga ini termasuk GST. Khusus untuk tempahan awal telefon pintar Huawei P8, mereka akan turut menerima baucer diskaun 30% untuk pembelian TalkBand B2.

diskaun Talkband b2 dengan pratempah P8

Gelang pintar Huawei TalkBand B2 adalah peranti hibrid, iaitu gabungan gelang pintar yang memfokuskan untuk aktiviti kesihatan, dan booleh dicabut menjadi earfon Bluetooth. Rekaan baru pada TalkBand B2 menyaksikan badannya diperbuat dari besi aluminium, dan pengecas USB kini pada badan TalkBand B2 sendiri, berbanding di strap pada TalkBand B1. Manakala untuk mengeluarkannya dari strap, pengguna perlu menekan dua butang pelepasan, berbanding satu butang pada model lepas.

Talkband B2 kali ini dilengkapi skrin sentuh dengan paparan PMOLED, yang tidak lagi memerlukan butang untuk mengubah skrin. TalkBand B2 masih mengekalkan fungsi yang sama, iaitu pengira detik masa, pengesan masa tidur, pedometer dan juga pemantau kalori. Talkband B2 mempunyai jangka hayat 6 hari untuk penggunaan biasa dan 14 hari masa bersedia. Talkband B2 juga kalis air dan debu dengan rating IP57.

Tiga Warna Huawei Talkband B2

Talkband B2 boleh dipadankan dengan telefon pintar Android ICS 4.0 dan ke atas, atau iOS 7.0+. Jika digunakan bersama telefon pintar Huawei atau Honor dengan EMUI 2.3 ke atas, ia juga boleh digunakan sebagai pengawal kamera jarak jauh.

Jangan lupa untuk menggunakan kupon diskaun 30% Huawei TalkBand, jika anda menempah awal telefon pintar Huawei P8.

Talkband B2 Gold - 001 Talkband B2 Gold - 002 Talkband B2 Gold - 003 Talkband B2 Gold - 004

Apa komen anda?