Dell perkenal model baru Vostro 14 siri 3000

Share Button

Dell, pengeluar komputer dan laptop utama di dunia, mengumumkan generasi terbaru bagi laptop kerja mereka,d ari siri Vostro 3000. Laptop Vostro 14 siri 3000 adalah sebuah komputer mudah alih dengn rekaan serba baru yang sesuai untuk kegunaan industri kecil dan sederhana (IKS), pejabat di rumah dan juga entreprenuer yang memerlukan peranti mampu milik dan berkuasa.

Laptop Dell Vostro 14 siri 3000 yang baru ini dikuasakan CPU terbaru dari Intel, iaitu siri Core-i generasi ke-5 serta kuasa pemproses grafik dari NVIDIA. Sehingga 8 GB RAM boleh dimuatkan ke dalam laptop ini, serta pilihan GPU NVIDIA sehingga 2GB RAM.

Dell Vostro 14 siri 3000 depan hitam

Vostro 14 yang baru ini lebih nipis 1-inci berbanding model lama, bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Terdapat dua pilihan warna untuk Voostro 14 ini iaitu Hitam dan Merah Metalik. Ia dihiasi kemasan jalur mikro, bagi memberinya lebih ketahanan dari calar semasa kegunaan seharian dan dalam perjalanan.

Selain kuasa pemproses yang hebat, Vostro 14 turut memiliki semua kelengkapan kerja yang diperlukan seperti pemacu optikal, port VGA, paparan HD Penuhanti-silau, port rangkaian Ethernet Gigabit, serta sehingga 1TB storan dalaman.

Bagi memberi lebih ketenangan kepada pengguna, Dell turut menawarkan servis selepas jualan Prosuppport Plus, menawarkan sokongan lengkap yang meliputi baik pulih keroasakan, panduan dari pakar, pemantauan isu dan permasalahan secara automatik.

Laptop Dell Vistro 14 siri 3000 sudah boleh mula didapati dari lamanweb www.dell.com.my serta rakaniaga Dell Malaysia, dengan harga bermula dari RM2,000 (Intel Core-i3 Generasi ke-5) dan juga dari RM2,459 (Intel Core-i5 Generasi ke-5)

Dell Vostro 14 siri 3000 belakang merah Dell Vostro 14 siri 3000 tepi hitam

Apa komen anda?