ASUS ZenPad, Apple iPad Mini & Samsung Galaxy Tab A… Agak-agak mana yang tambat hati?

Share Button

Zenpad - Z Stylus

ZenPad yang baru ASUS di Taiwan baru-baru kelihatan mempunyai spesifikasi yang menarik termasuk rekaan baru yang nampak elegan.

Beberapa fungsi dilengkapkan pada ZenPad seperti paparan IPS HD dengan teknologi ASUS VisualMaster, ASUS Tru2Life dan ASUS TruVivid. Kesemua ini membawakan pemprosesan imej di TV yang berkualiti tinggi, ke dalam tablet.

Zenpad juga adalah tablet pertama di dunia dilengkapi sistem audio DTS Premium Sound™. Teknologi DTS HD yang terbina di dalam, memberikan kualiti bunyi sekeliling dengan 5.1 saluran bunyi.

Manakala DTS Sund Studio™ mengubah bunyi stereo kepada bunyi sekeliling maya untuk bunyi lebih realistik.

Jom kita lihat sedikit perbandingan Zenpad 8 inci berbanding dua tablet lain:

ASUS ZenPad 8

ASUS Zenpad

apple-ipad-mini-3Apple iPad

samsung-galaxy-tab-a-pressSamsung Galaxy Tab A

OS

Android 5.0 Lollipop

IOS8.1

Android 5.0 Lollipop

Saiz

8 inci

7.9 inci

8 inci

Resolusi

1536 x 2048 piksel

1536 x 2048 piksel

XGA LCD

Kamera

8MP, 5MP

5MP, 1.2MP

5MP, 2MP

Prosesor

Intel Atom Quad core, 2300 MHz, Z3580, 64-bit

A7, dual core 1.3GHz

Quad core 1.2GHz

Storan

64GB

16/64/128GB

16GB/32GB

RAM

4GB

1GB

2GB

Bateri

4000mAh

6470mAh

4200mAh

Rangkaian

Wifi/3G

Wifi/3G/LTE

Wifi/3G/LTE

Harga

Anggaran RM1,200

RM1,356

RM1,299

Kenipisan

6.6mm

7.5mm

7.5mm

Apa komen anda?