TV Satelit percuma NJOI kini bersama 1 juta pelanggan

Share Button

Astro, melalui perkhidmatan TV satelit percumanya, NJOI mengumumkan kejayaan mereka menarik 1 juta pelanggan pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun keempat NJOI beroperasi, dalam usaha memberikan rakyat Malaysia akses kepada televisyen dan radio percuma kepada kandungan bernilai yang mendidik, informatif dan berkualiti.

NJOI pertama kali diperkenalkan pada Disember 2011. NJOI kini memberikan perkhidmatan kandungan hiburan percuma untuk semua rakyat Malaysia, memberikan akses kepada 26 stesen TV dan 20 stesen radio. NJOI turut memberikan kandungan premium dalam bentuk prabayar.

Menurut CEO Astro, Dato’ Rohana Rozhan, Astro meraikan pencapian 1 juta pelanggan ini, dengan memperkenalkan saluran Astro Maya HD (Saluran 135), secara percuma untuk semua pelanggan NJOI bermula hari ini.

CEO Astro Malaysia - Dato Rohana Rozhan

Astro Maya HD akan mempersembahkan program tempatan terbaik daripada saluran Astro Prima dan Astro Oasis dalam kualiti hebat HD, termasuk Kilauan Emas, Tua Pun Boleh, Pencetus Ummah, Primadona, dan drama-drama seperti Jodoh Itu Milik Kita dan Bila Hati Telah Hitam.

Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Astro mempersembahkan lima dekoder NJOI kepada lima pusat komuniti; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu, Persatuan Kebajikan Islam Terengganu, Asrama Darul Falah, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Terengganu, Pusat Dalam Komuniti Kuala Berang dan Pusat Dalam Komuniti Mutiara Kasih.

NJOI boxes to 5 community centres

NJOI adalah perkhidmatan TV satelit percuma dari Astro, yang boleh diakses dengan hanya membeli Set Top Box dan Piring Satelit dan kemudian membuat pemasangan. Pelanggan NJOI juga boleh menikmati lebih kandungan premium, melalui baucer prabayar yang boleh dibeli dari 4,000 pusat pengedaran seluruh Malaysia. SMS juga boleh digunakan untuk membuat pembelian kandungan premium.

prabayar-njoi2

Astro turut merancang untuk membenarkan akses Astro on the Go bagi pelanggan NJOI di masa akan datang. NJOI boleh didapati di semua pengedar NJOI yang disahkan. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI, sila layari http://www.njoi.com.my

Apa komen anda?