Tukar beli telefon lama untuk Galaxy S6 atau S6 edge

Share Button

[Kemaskini 17 Mei 2015] Mungkin kerana dikritik ramai, Samsung Malaysia menaikkan harga nilai tukar beli telefon lama kepada Galaxy S6 & S6 edge, sekitar RM200~300 setiap satu. Telefon pintar Blackberry juga kini terdapat di dalam senarai tuakr beli. Lihat jadual yang baru dikemaskini di bawah.

Berita baik bagi yang masih berkira-kira untuk membeli telefon pintar Samsung Galaxy S6 atau S6 edge. Samsung Malaysia kini membuka program tukar beli telefon lama anda, dengan telefon pintar Samsung Galaxy S6 atau S6 edge. Program ini dibuka kepada semua bermula dari 9 Mei sehingga 31 Mei 2015.

Galaxy S6 di kwik emart

 

Untuk membuat urusan tukar beli ini sangat mudah. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana Stor Samsung Experience yang terlibat, dan bawa telefon pintar yang ingin ditukar. Selepas diperiksa keadaan telefon lama anda, ia akan dinilai dan jika lulus, anda akan menerima kredit sehingga RM1200 mengikut jenis telefon, yang boleh digunakan untuk membeli telefon pintar terhebat Samsung kini, iaitu Galaxy S6 dan S6 edge.

 

Senarai tukar beli telefon pintar BARU 20150517

Galaxy S6 dijual di Malaysia pada harga RM2599 termasuk GST, untuk model storan 32GB. Manakala Galaxy S6 edge pula berharga RM3099 bagi storan 32GB dan RM3599 untuk storan 64GB, termasuk GST. Warna pilihan termasuk Putih Mutiara, Hitam Sapphire, Emas Platinum, Biru Topaz (Galaxy S6 sahaja) dan Hijau Emerald (Galaxy S6 edge sahaja).

Lekas ke Stor Samsung Experience berdekatan untuk menukar telefon lama anda kepada Galaxy S6 atau S6 edge serba baru. Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat dan terma serta info berkaitan program tukar beli ini, layari laman Program Tukar Beli Galaxy S6 di sini atau pergi ke lamanweb Samsung Malaysia.

Jimat sehingga RM1200 tukar beli telefon lama ke S6

 

Apa komen anda?