TM dan Microsoft terus kerjasama perkasa teknologi di Malaysia

Share Button

Microsoft dan Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama, untuk membawa lebih banyak pengalaman digital berasaskan awan, keada rakyat Malaysia. Ia akan menggabungkan kekuatan di antara kedua-dua syarikat ini untuk memberi gabungan servis unik kepada pelanggan di rumah dan juga perniagaan.

Kerjasama strategik ini menjadi rasmi ketika pertemuan yang diikuti pertukaran dokumen di antara kedua-dua syarikat di Redmond, Amerika Syarikat. Ia ditandatangani oleh Cesar Cernuda, Presiden Microsoft Asia-Pacific bersama Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Pengarah Urusan/CEO Kumpulan TM. Pertukaran dokumen ini disaksikan oleh Satya Nadella, CEO Microsoft Corporation.

Cesar Cernuda dan Tan Sri ZamzamzairaniCesar Cernuda dan Tan Sri Zamzamzairani

 

TM dan Microsoft sebelum ini telah bekerjasama menawarkan pelbagai solusi produktiviti seperti Office-in-a-Box dengan Microsoft Office 365, UniFi dengan Microsoft Office 365, serta program Good Bye XP, Good Buy Windows 8. Kerjasama strategik berterusan ini bakal memberikan lebih nilai kepada pelanggan di semua tahap, dari pengguna di rumah ke syarikat multi-nasional.

Antara tawaran yang diperbincangkan untuk pengguna, adalah seperti gabungan tawaran produk TM seperti Streamyx dan Unifi, bersama produk Microsoft seperti Surface, Lumia dan Microsoft Office 365 Home.

Microsoft Surface dan Lumia

 

Bagi syarikat pula, TM dan Microsoft akan memberi fokus kepada penyelesian berbentuk produktiviti, seperti penyelesaian suara, produk perniagaan berasaskan ‘big data’ dan pengkomputeran awan. Kerjasama ini juga dijangka membawakan lebih banyak servis untuk Bandar Pintar, dengan strategi ‘Internet of Things’ (IOT) yang dikembangkan untuk kegunaan awam.

Microsoft dan TM akan mengumumkan lebih banyak tawaran bergabung mereka, termasuk kesediaannya pada pengumuman lebih teliti akan datang, selepas selesai memuktamadkannya.

Apa komen anda?