Test Produk- Lenovo A7000

Share Button

KELEBIHAN

+ sistem bunyi Dolby Atmos terbina dalam
+ jangka hayat bateri yang baik
+ prestasi antara terbaik dalam kelas

KEKURANGAN

– rekaan plastik dan kurang menarik
– earfon kurang bagus bagi Dolby Atmos
– kurang fungsi kamera

 

 

PENGENALAN

Lenovo adalah salah satu jenama telefon pintar yang terkenal di Malaysia. Ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana harganya yang sangat murah, serta banyak pilihan model. Tetapi, Lenovo juga ada menghasilkan telefon pintar kelas pertengahan, dan telefon pintar utama yang mempunyai prestasi hebat menyamai jenama popular lain seperti Samsung, HTC dan Sony.

Lenovo A7000 - depan skrin ON

Di sini, kami berpeluang untuk mencuba satu telefon pintar baru dari Lenovo, yang diberi nama Lenovo A7000. Ia adalah satu telefon pintar yang mempunyai sistem bunyi Dolby Atmos pertama di dunia. Tetapi dengan harga RM699, ianya tidaklah terlalu mahal, dan prestasinya boleh dikategorikan di dalam kelas pertengahan.

 

REKABENTUK LUAR

Telefon pintar Lenovo A7000 kelihatan agak besar, kerana ia mempunyai skrin 5.5-inci. Saiz ini agak sesuai untuk dipegang sebelah tangan. Cuma operasi sebelah tangan masih agak sukar untuk dilakukan.

Lenovo A7000 - depan

Saiz fizikal Lenovo A7000 ialah 76.2mm lebar dan 152.6mm tinggi. Tebalnya pula hanya 7.99mm, boleh dikira sebagai telefon pintar yang nipis, kerana berada di bawah 10mm. Ia juga adalah telefon pintar yang ringan untuk peranti berskrin 5.5-inci, kerana beratnya hanya 140 gram sahaja.

Lenovo A7000 - depan atas Lenovo A7000 - depan bawah

Di hadapan, skrin 5.5-inci IPS memenuhi ruang. Di atas skrin terdapat pembesar suara panggilan dengan kamera hadapan 5MP di tepinya. Manakala di bawah skrin, terdapat 3 butang kapasitif dengan susunan dari kiri: recent apps, HOME dan BACK.

Lenovo A7000 - tepi kiri Lenovo A7000 - tepi kanan

Pada bahagian sisi kiri telefon Lenovo A7000, tidak terdapat apa-apa butang atau slot. Manakala di sebelah sisi kanan pula, terdapat butang kawalan suara di atasnya dan butang kuasa di tengah.

Lenovo A7000 - atas Lenovo A7000 - bawah

Di bawah telefon Lenovo A7000, juga tidak terdapat apa-apa. Semuanya diletakkan di bahagian atas telefon iaitu port audio 3.5mm serta port mikro-USB 2.0 untuk pengecasan dan penghantaran data.

Lenovo A7000 - belakang Lenovo A7000 - belakang atas

Melihat di belakang telefon Lenovo A7000 pula, dapat dilihat penggunaan plastik polikarbonat memenuhi seluruh ruangan. Plastik polikarbonat ini adalah penutup belakang yang boleh dibuka. Di atas telefon, diletakkan kamera belakang 13MP yang dipadankan dengan dwi-LED Flash dibawah kamera. Logo Lenovo pula terpapar di bahagian tengah.

Lenovo A7000 - belakang bateri buka Lenovo A7000 - bateri Lenovo A7000 - belakang dwi-sim mikro SD

Apabila penutup belakang ini dibuka, dapat dilihat bateri berkapasiti 2900mAh yang boleh dicabut. Bateri ini juga perlu dicabut jika pengguna mahu memasang atau menukar kad memori mikro-SD dan kad sim. Slot kad memori mikro-SD dan kad sim ini terletak di atas ruangan bateri. Terdapat dua slot kad sim bersaiz mikro ini, dengan slot pertama mempunyai fungsi sehingga 4G-LTE, manakala slot kad kedua hanya menyokong rangkaian 2G sahaja.

 

KUASA DALAMAN

Telefon pintar Lenovo A7000 dikuasakan oleh CPU keluaran Mediatek, iaitu MT6752m, dengan teknologi True8core, iaitu kesemua 8-teras boleh digunakan dengan kelajuan sehingga 1.5GHz. CPU ini juga menyokong arahan pemprosesan 64-bit dan diletakkan dalam kategori CPU kelas pertengahan.

Spec lenovo A7000

Lenovo A7000 dilengkapi RAM sebesar 2GB. Bahagian grafiknya pula diuruskan oleh pemproses grafik Mali-T760 yang mampu memainkan video sehingga resolusi Ultra HD 4K.

Storan dalaman Lenovo A7000 hanya sebesar 8GB. Tetapi ia mempunyai slot kad memori mikro-SD bagi pengguna yang memerlukan storan tambahan. Kapasiti sehingga 32GB boleh ditambah melalui slot kad memori ini.

Lenovo A7000 dwi-sim mikro

Telefon pintar Lenovo A7000 mempunyai dua slot kad sim bersaiz mikro yang aktif sepanjang masa, dengan slot sim pertama menyokong kelajuan data sehingga 4G-LTE. Manakala sim kedua hanya menyokong sehingga 2G sahaja, atau kelajuan EDGE.

Selain data mudahlalih, Lenovo A700 juga mempunyai sambunga Wifi 802.11 b/g/n, yang turut boleh berfungsi sebagai Wifi hotspot untuk berkongsi talian internet mudahalih. Ia juga mempunyai sambungan tanpa wayar Bluetooth 4.0, tetapi tiada NFC terbina dalam untuk hubungan Bluetooth yang pantas.

 

SISTEM OPERASI & ANTARAMUKA

Lenovo melengkapkan telefon pintar Lenovo A7000 dengan sistem operasi terbaru Google, iaitu Android 5.0 Lollipop. Antaramukanya pula menggunakan VIBE UI, yang dihasilkan sendiri oleh Lenovo.

Skrin kunci pada VIBE UI di Lenovo A7000, memaparkan wallpaper. Tidak banyak info atau pintasan aplikasi. Terdapat jam dan tarikh di bahagian atas, dan tiga ikon aplikasi di bawah, iaitu panggilan, mesej dan kamera. Ruang kosong yang luas di tengah, akan memaparkan notifikasi baru yang belum dibaca. Untuk melancarkan mana-mana aplikasi di bawah, hanya sapu dari ikon aplikasi ke atas.

Lenovo A7000 - UI 002Lenovo A7000 - UI 016Lenovo A7000 - UI 017

Untuk membuka kunci skrin pula, sapu dari mana-mana ruang kosong di skrin ke atas, dan ia akan memaparkan skrin utama VIBE UI. Secara lalai, VIBE UI menggunakan kertas dinding (wallpaper) berwarna pelangi. Ianya adalah sebahagian dari Theme yang dipanggil sebagai Mirage.

Kebanyakan pengeluar telefon dari China, menggunakan antaramuka tanpa apps drawer, iaitu antaramuka khas aplikasi. Ini termasuk Lenovo VIBE UI. Semua aplikasi yang dipasang, boleh diakses terus dari antaramuka utama. VIBE UI meletakkan empat aplikasi di ruang menu di bawah, iaitu Dialer, Contacts, Messaging dan pelayar Chrome. Tetapi pengguna boleh mengubah aplikasi ini mengikut kegemaran sendiri.

Dengan VIBE UI, Lenovo menambah beberapa aplikasi khas. Antaranya ialah aplikasi SHAREit, yang membuat perkongsian fail antara peranti menjadi sangat mudah dan pantas. Serta aplikasi SYNCit, yang bertindak sebagai storan di awan, semua info kenalan, sms, dan log panggilan yang tersimpan dalam telefon. SYNCit menjadikan salinan dan muat turun semula cepat dan mudah.

Lenovo A7000 - UI 009

Satu lagi tetapan menarik yang kini sering kelihatan pada antaramuka telefon pintar, ialah Themes. Dengan Themes, pengguna boleh menukar wallpaper, ikon, rupa widget, skrin kunci dan macam-macam lagi semudah satu pilihan. Tetapi Lenovo mempunyai hanya 6 pilihan Themes sedia ada, yang kelihatan tidak boleh ditambah secara terus. Ia memerlukan pengguna memuat turun dahulu themes baru, dan mengimportnya di dalam Theme Center.

Lenovo A7000 - UI 013Lenovo A7000 - UI 014Lenovo A7000 - UI 015

Semua notifikasi baru boleh dilihat dari ruangan di atas skrin, termasuk bateri dan waktu. Untuk melihat notifikasi penuh, hanya sapu dari ruang atas ke bawah, dan semua notifikasi baru akan dapat dilihat. Sapu sekali lagi ruang notifikasi ke bawah, dan dapat dilihat semua tetapan pantas seperti Wifi, bluetooth, GPS dan Dolby.

 

KAMERA

Kamera pada Lenovo A7000 bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan. Ia mempunyai kamera belakang 8MP dengan auto fokus dan dwi-LED flash. Ia boleh mengambil gambar yang baik dalam suasan terang dan fokus pada subjek yang tidak bergerak. Tetapi sukar untuk mendapatkan gambar jelas, dengan subjek yang bergerak walau sedikit. Terdapat juga fungsi HDR, tetapi ia mengambil masa untu memproses, dalam 2-3 saat menjadikannya sangat tidak sesuai untuk mengambil gambar bergerak.

Lenovo A7000 - Camera Belakang Setting 00Lenovo A7000 - Camera Belakang Setting 01Lenovo A7000 - Camera Belakang Setting 03Lenovo A7000 - Camera Belakang Setting 04

Perkara yang menarik pada Lenovo A7000, ialah kamera hadapannya ataupun kamera selfie. Ini kerana fungsi yang ditambah, menjadikan ia mudah digunakan untuk mengambil selfie. Antara fungsi yang ada ialah kecantikan automatik, yang sudah menjadi kemestian dalam kebanyakan aplikasi kamera masakini.

Lenovo A7000 - Camera Depan beautyLenovo A7000 - Camera depan auto

Selain itu, mengambil selfie menjadi mudah dengan banyak pilihan mengambil gambar diberi. Selfie boleh diambil samada dengan kiraan masa, menyentuh skrin atau menggunakan suara. Lebih menarik, selfie boleh diambil dengan hanya kerlipan mata, melambai tangan atau mengangkat dua jari peace sahaja.

Lenovo A7000 - Camera depan fill light 01Lenovo A7000 - Camera depan fill light 02

Terdapat juga satu fungsi yang dipanggil fill light, yang akan menjadikan skrin putih atau merah jambu sepenuhnya, untuk memberikana cahaya tambahan semasa selfie diambil. Dengan fill light ini, gambar selfie anda akan menjadi sedikit lebih cerah dari biasa.

Lenovo A7000 - Camera Belakang Setting 02

Bagi rakaman video, tiada fungsi berbeza atau canggih pada Lenovo A7000. Ia merakam video pada resolusi sehingga HD Penuh 1080p di kamera belakang dan depan. Tiada fungsi penstabil, rakaman gerak perlahan ataupun time-lapse di Lenovo A7000. Jadi sebarang efek yang disebut tadi, perlu dibuat menggunakan peranti lain.

 

Sampel Gambar Kamera Depan

IMG_20150512_135132_1

Sampel Gambar Kamera Belakang

IMG_20150506_120136 IMG_20150506_120220 IMG_20150506_120240 IMG_20150511_145425 IMG_20150512_101531

 

 

BATERI

Bateri pada Lenovo A7000 berkapasiti 2900mAh. Bagi skrin 5.5-inci, ia adalah kapasiti yang agak biasa. Tetapi sepanjang percubaan kami menggunakan Lenovo A7000, ia memberikan jangka hayat yang agak panjang, lebih dari kebanyakan peranti lain.

Lenovo A7000 - hayat bateri 01Lenovo A7000 - hayat bateri 02Lenovo A7000 - hayat bateri 03

Kami menggunakan Lenovo A7000 dengan sangat kerap, dengan dua-sim aktif sepanjang masa, serta pelbagai aplikasi berjalan seperti Facebook, game Asphalt 8, Wechat, Waze, serta beberapa media sosial lain. Bateri menurun sehingga 30% dalam masa 9 jam 15 minit, dengan skrin aktif hampir separuh masa iaitu 4 jam 12 minit. Ini adalah satu jangka hayat bateri yang agak baik.

Lenovo A7000 - benchmark geekbench battery

Dalam ujian bateri Geekbench 3 pula, Lenovo A7000 dapat bertahan selama 8 jam 53 minit dari 100% sehingga habis sepenuhnya. Markah yang diperolehi pula ialah 4984.

Lenovo mempunyai aplikasi pengurusan tenaga, atau Power Manager, yang boleh membantu pengguna memanjangkan lagi hayat peranti, dengan perubahan beberapa tetapan. Contohnya, tetapan battery Saver akan mengurangkan penggunaan aplikasi di belakang dan juga masa penyelarasan emel juga dipanjangkan.

Lenovo A7000 - Power Manager 001Lenovo A7000 - Power Manager 002Lenovo A7000 - Power Manager 003Lenovo A7000 - Power Manager 004

Manakala fungsi ‘Screen and GPU power saver’ pula akan mengehadkan secara automatik kecerahan skrin dan penggunaan GPU agar bateri dapat dijimatkan. Pengguna juga boleh menetapkan masa untuk mengaktifkan mana-mana tetapan ini, contohnya semasa tidur atau sewaktu bekerja.

Jika mahukan jangka hayat lebih panjang, terdapat fungsi yang dipanggil ‘Ultimate Power Saver’ yang akan mematikan semua fungsi pintar dan mengaktifkan hanya fungsi panggilan dan sms sahaja. ini boleh memanjangkan hayat bateri sehingga beberapa hari.

 

PRESTASI

Jika anda seorang peminat teknologi, pasti mengetahui keupayaan CPU Mediatek biasanya kurang berbanding Qualcomm kerana harganya jauh lebih murah. Tetapi CPU Mediatek MT6752, yang ada pada Lenovo A7000 menunjukkan prestasi yang agak baik. Sebagai CPU kelas pertengahan, ia dikatakan sekelas dengan CPU Qualcomm Snapdragon 615. Apatah lagi, MT6752m menyokong arahan 64-bit. RAM sebesar 2GB juga banyak membantu kelancaran penggunaan telefon pintar Lenovo A7000 ini.

Lenovo A7000 - benchmark antutu 01Lenovo A7000 - benchmark antutu 02Lenovo A7000 - benchmark antutu 03

Seperti biasa, beberapa aplikasi benchmark digunakan untuk menterjemahkan prestasi telefon ini ke dalam unit nombor markah. Pada ujian Antutu, Lenovo A7000 menerima 43238 markah. Kedudukan ini lebih tinggi dari markah Huawei Mate 7, Xiaomi Mi4 dan Galaxy S5. Di mana semua telefon ini berharga lebih dari RM1000.

Lenovo A7000 - benchmark 3dmark 01Lenovo A7000 - benchmark 3dmark 03Lenovo A7000 - benchmark 3dmark 02Lenovo A7000 - benchmark 3dmark 04

Dalam ujian intensif grafik di 3DMark pula, Lenovo A7000 mencatat markah 9208 untuk ujian Ice Storm Unlimited, 5984 markah untuk Ice Storm Extreme dan Maxed out! pada ujian Ice Storm.

Lenovo A7000 - benchmark geekbench 01Lenovo A7000 - benchmark geekbench 02Lenovo A7000 - benchmark geekbench 03

Untuk ujian yang menekankan pada CPU di Geekbench 3 pula, Lenovo A7000 mendapat markah 738 untuk ujian satu-teras, yang meletakkannya lebih atas dari Moto X yang menggunakan Qualcomm Snapdragon S4 Pro, tetapi masih dibawah CPU Qualcomm Snapdragon 800. Ujian pelbagai teras pula mencatat markah 3752, menunjukkan CPU Mediatek MT6752m berada di atas CPU Qualcomm Snapdragon 800, Exynos 5420 dan juga Snapdragon 801. Mungkin dengan teknologi True8core menjadikan semua 8-teras beroperasi penuh dan memaksimakan prestasi.

 

DOLBY ATMOS

Fungsi unik yang diperkenalkan Lenovo pada Lenovo A7000 ini ialah sistem bunyi Dolby Atmos. Ia seharusnya boleh menghasilkan bunyi sekeliling, sehingga perbezaan boleh dirasa di atas kepala. Tetapi ini adalah tidak mungkin dengan pembesar suara Lenovo A7000, yang terletak di belakang. Lenovo sendiri menyarankan penggunaan earfon atau headfon yang bagus untuk merasai kehebatan bunyi Dolby Atmos, tetapi ia hanya menyertakan earfon yang bukan berkualiti tinggi. Jadi, pengguna perlu membelanjakan lebih wang untuk cuba merasai kehebatan Dolby Atmos.

Lenovo A7000 - Dolby Atmos 001

Kami mencuba sistem Dolby Atmos pada Lenovo A7000 menggunakan Mi Headphones. Percubaan dengan beberapa lagu serta klip video di Youtube, tidak memberikan rasa luar biasa. Tetapi dapat dipastikan, bunyi yang dihasilkan sedap didengar. Apatah lagi, Dolby Atmos mempunyai kawalan equaliser untuk penggunaan mod berbeza seperti filem, lagu atau vokal.

Lenovo A7000 - Dolby Atmos 004Lenovo A7000 - Dolby Atmos 003Lenovo A7000 - Dolby Atmos 005Lenovo A7000 - Dolby Atmos 006

Tetapi yang pasti, Lenovo A7000 bukanlah sistem hiburan mudahalih berkualiti tinggi, yang boleh didapati terus tersedia di dalam kotak. Anda memerlukan peranti tambahan untuk mengeluarkan keupayaan sebenar Dolby Atmos.

 

KESIMPULAN

Lenovo A7000 adalah peranti kelas pertengahan, yang tidak mempunyai rupa premium atau rekabentuk ternipis. Kameranya juga sukar untuk dibandingkan, walaupun dengan peranti dalam ruang harga yang hampir sama.

Tetapi apa yang kami boleh kongsikan kelebihannya ialah, daya tahan baterinya yang lebih panjang dari kebanyakan telefon pintar lain, serta sistem bunyi Dolby Atmos yang boleh memukau anda, jika disertakan dengan earfon atau headfon berkualiti tinggi.

Dengan harga jualan runcit RM699, ia sebenarnya agak tinggi jika dibandingkan dengan telefon pintar dalam kelasnya, seperti Honor 4X, Redmi Note 4G dan juga ASUS Zenfone 2 yang baru dilancarkan minggu lepas. Tetapi jika anda merasakan jangka hayat bateri dan sistem bunyi Dolby Atmos menjadi pilihan utama, Lenovo A7000 pasti tidak akan mengecewakan anda dengan harga sebegini.

Jika anda telah pun memutuskan untuk membeli Lenovo A7000 ini, Lazada Malaysia akan menjualnya secara eksklusif bermula 20 Mei 2015, jam 12 tengahari. Lazada Malaysia juga akan menjualnya dengan harga diskaun eksklusif, iaitu RM625 yang boleh dikurangkan lagi menggunakan pelbagai kupon Lazada yang mudah didapati di merata tempat, jika anda tahu mencarinya.

 

Comments

    • TheSkop

      Harga runcit terkini Vibe X2 ialah RM1099. Oppo R5 & Vibe X2 mensasarkan kepada rupa bentuk, jadi ia lebih kepada minat rupa luaran, yang mana lebih menarik hati.

      Boleh cuba merujuk Facebook Lenovo Mobile Malaysia atau twitter @MyLenovoMobile untuk kesediaan stok telefon & aksesori

    • TheSkop

      Vibe X2 lebih berkuasa dengan spesifikasi lebih bagus dari A7000. Harga pun berbeza agak jauh. Dari segi rupa, Vibe X2 kelihatan lebih menarik, dengan 3 lapis warna, jika kena dengan citarasa. Vibe X2 juga ada storan dalaman 32GB, lebih besar dari 8GB di A7000. Tapi, bateri Vibe X2 tak sebaik A7000. Untuk memilih, kena susun perkara apa yang paling diperlukan, rupa luaran atau kuasa dalaman.

Apa komen anda?