Stor Microsoft kedua akan dibuka di Sunway Pyramid

Share Button

Tidak lama selepas pembukaan stor pertama, Microsoft mengumumkan pembukaan Stor Microsoft kedua di Malaysia. Stor Microsoft kedua ini akan dibuka di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, pada hari Sabtu ini, 23 Mei 2015.

Stor Microsoft di Sunway Pyramid akan mempamerkan pelbagai produk Microsoft seperti telefon pintar Lumia, telefon Nokia Asha, tablet Surface serta perisian seperti Windows 8 & Office 365. Pelbagai aksesori untuk produk Microsoft turut dipamerkan di dalam stor ini.

image

Microsoft akan turut memperlihatkan peranti yang dipasang Windows 10, bagi memberi peluang kepada pengunjung mencuba previu sistem operasi baru dari Microsoft ini. Pembantu Stor akan sentiasa bersedia melayani segala persoalan berkenaan produk Microsoft yang terdapat di dalam stor.

Sama seperti pembukaan awal Stor Microsoft di KLCC, hari pertama Stor Microsoft di Sunway Pyramid menawarkan pelbagai tawaran menarik. Antaranya ialah, 30 orang pertama membeli telefon Lumia atau tablet Surface, akan menerima headphone Monster percuma. Pembelian Surface 3 Pro juga akan menerima Type Cover percuma.

image

Pembeli di hari pertama turut berpeluang menyertai permainan Live Tiles of Fortune untuk peluang menang kupon beli-belah RM50. Malah, pembeli dapat menyertai cabutan bertuah, yang menawarkan hadiah utama, tiket penerbangan pergi & balik ke Bali, Indonesia untuk 2 orang.

Terdapat juga permainan Zombie Tsunami yang terbuka kepada semua pengunjung, untuk membawa pulang hadiah seperti cakera keras Seagate, Microsoft Treasure Tag & headfon Boom Coloud.

Banyak lagi promosi & tawaran menarik menanti pembeli di Stor Microsoft Sunway Pyramid. Jika anda sedang merancang pembelian produk Microsoft, jangan lupa singgah Stor Microsoft untuk melihat. Mana tau promosi yang diberi sangat sukar ditemui di lain hari.

image

image

Apa komen anda?