SNAKE kembali menghantui dunia di dalam SNAKE Rewind

Share Button

Bagi pengguna telefon di era kegemilangan Nokia 3310, pasti ramai yang mengenali permainan SNAKE, sebuah permainan dalam telefon NOKIA yang sangat digilai ramai, untuk membuang masa lapang dan masa sibuk.

Rumilus Design, sebuah syarikat pembangun aplikasi berpusat di Finland, bekerjasama dengan Taneli Armanto, pereka asal SNAKE yang popular di Nokia, dan mengumumkan akan menghidupkan semula permainan popular ini. Ia akan kembali dengan rupa yang lebih moden dan mempunyai warna serta nama baru, SNAKE Rewind. Ia juga akan menampilkan pelbagai cabaran yang lebih hebat.

SNAKE rewind 005

Antara fungsi baru yang akan diperkenalkan ialah, memutar semula masa sebelum SNAKE melanggar dinding atau badan, pelbagai jenis buah dengan kuasa istimewa, 10 tahap permainan dengan paparan dan muzik berbeza, serta berlawan bersama rakan atau pemain lain untuk berada di senarai markah tertinggi.

SNAKE Rewind UI

Rumilus Design menyatakan, SNAKE Rewind akan dilancarkan pada 14 Mei 2015, untuk platform iOS, Android dan juga Windows Phone. Ia boleh dimuat turun secara percuma, dengan pilihan pembelian di dalam aplikasi, untuk mereka yang kurang kesabaran semasa bermain.

[SUMBER]

 

Apa komen anda?