Sandisk iXpand kembangkan storan fizikal iPhone & iPad

Share Button

Apple sejak pengeluaran pertama telefon pintar iPhone, menetapkan untuk tidak mengadakan slot kad memori. Perkara ini berterusan sehingga hari ini, di mana telefon pintar terbaru iPhone 6 dan 6 Plus serta beberapa model iPad masih lagi tidak mempunyai storan luar. Perkara ini sering menjadi masalah untuk pengguna peranti Apple ini, terutama sekali yang membeli model dengan storan 16GB sahaja.

Tetapi masalah ini dapat diselesaikan oleh Sandisk, apabila mereka memperkenalkan storan flash iXpand. Ia adalah storan flash dengan dua sambungan, satu sambungan port lightning dan satu lagi sambungan USB 3.0 bersaiz penuh. Dalam bahasa Android, ia adalah storan luar OTG.

Sandisk iXpand 003

Sandisk mereka storan flash ini dengan saiz lebih besar dari biasa, agar ia serasi digunakan bersama iPhone atau iPad yang menggunakan casing tebal seperti Otterbox. Ia juga diiktiraf oleh Apple, dengan casing diperbuat dari besi dengan rupa premium.

Sandisk iXpand 004

Sandisk turut menyediakan aplikasi untuk menjadikan penggunaan iXpand lebih menarik. Aplikasi yang diberi nama, iXpand Sync boleh dimuat turun dari iOS AppStore. Dengan iXpand Sync, pengguna boleh mengenkripsi data di dalam iXpand. Enkripsi ini boleh dibuka samada menggunakan kata kunci, ataupun TouchID dengan capjari pengguna. Selain itu, aplikasi iXpand Sync boleh membuka fail Microsoft Office serta memainkan video dari format popular seperti AVI, WMV dan MKV. Tidak perlu menggunakan aplikasi luaran untuk membuka fail yang disebut tadi.

Sandisk iXpand 001

Storan flash iXpand boleh digunakan dengan peranti Apple dengan port lightning seperti iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 5s, iPhone 5c, iPhone 5, iPad Air 2, iPad Air, iPad Mini 3, iPad Mini 2 dan iPad Mini, yang menjalankan sistem operasi iOS 7 dan ke atas.

Storan flash Sandisk iXpand telah mula dijual di Malaysia sekarang, dan boleh didapati dari wakil pengedar seperti Switch, Machines dan Mac Studio.I adatng dengan jaminan selama dua tahun. Terdapat 4 jenis kapasiti storan iXpand iaitu 16GB berharga RM289, 32 GB RM379, 64GB RM549 dan paling besar 128GB berharga RM829.

 

Sandisk iXpand kotak

Trackbacks

  1. […] lepas, SanDisk memperkenalkan iXpand, storan luar mudahalih untuk pengguna port lightning seperti iPhone & iPad ibart storan USB […]

Apa komen anda?