Realisasi idea memperkasa wanita dengan 5 minit Projek Inspirasi

Share Button

Khas bagi wanita di Malaysia, adakah anda mempunyai idea untuk mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik didiami bagi wanita? Jika ya, apa kata anda hantar idea tersebut ke cabaran Projek Inspirasi: 5 minit untuk Mengubah Dunia. Hadiah utama bernilai USD25,000 (~RM89,000) dan hadiah tempat kedua bernilai USD10,000 (~RM35,000) menanti pemenang, bagi menjadikan idea mereka satu realiti. Tahun ini, Project Inspirasi 2015 membawakan tema ‘Teknologi atau Rekaan untuk Pemberdayaan Ekonomi‘.

Projek Inspirasi: 5 minit untuk Mengubah Dunia, adalah inisiatif bersama daripada Jawatankuasa Wanita PBB Singapura dan MasterCard, untuk membantu pemudi membuat perubahan, bagi mewujudkan dunia yang lebih baik bagi wanita dan kanak-kanak perempuan di Asia dan di Pasifik. Ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2011, sempena ulang tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa dan ulang tahun ke-25 MasterCard Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

logo projek inspirasi

Projek Inspirasi memberi peluang kepada kanak-kanak berumur 18-35 tahun, selama 5-minit untuk membentangkan idea inspirasi mereka, dan berpeluang untuk memenangi geran bernilai USD25,000. Ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia dan Asia untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Ia juga boleh menjadi platform untuk pelajar kolej dan IPT, untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang teknologi & rekaan.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu menghantar video selama 5-minit yang menerangkan bagaimana geran bernilai USD25,000 digunakan, untuk menambah baik kehidupan wanita dan kanak-kanak perempuan. Dalam video tersebut, peserta juga perlu memperlihatkan bagaimana mereka menggunakan rekaan dan teknologi sebagai alat untuk memberdayakan ekonomi wanita.

project inspire timeline

Semua penyertaan perlu dihantar melalui lamanweb Projek Inspirasi di: www.5minutestochangetheworld.org dan tarikh akhir menghantar penyertaan ialah hari Rabu, 1 Julai 2015. Lebih banyak maklumat seperti pemenang Project Inspirasi yang lepas dan senarai juri turut terdapat di lamanweb tersebut.

Selepas tarikh tutup, Project Inspirasi akan memilih 20 video untuk ke peringkat ‘crowd-funding’. Kemudian, finalis akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir, di mana peserta perlu membentangkan idea inspirasi mereka di hadapan juri.

Projek Inspirasi adalah kerjasama di antara MasterCard dan Jawatankuasa Wanita PBB Singapura. Ia juga disokong oleh INSEAD: The Business School for the World, Bain & Company, Hilton WorldWide dan Top3 Media

Apa komen anda?