Platform PowerEdge FX2 sambut ulangtahun ke-20 Dell PowerEdge

Share Button

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995, server Dell PowerEdge kini telah berusia 20-tahun. Pada tahun 1995, server Poweredge menyumbang kepada lima peratus keuntungan syarikat Dell, serta mempunyai pegangan pasaran sebanyak 3 peratus sahaja. Kini, pada tahun 2015, Dell memegang tempat kedua dalam pasaran global server x86, dengan pegangan pasaran sebanyak 21 peratus.

Salah satu pelanggan utama Dell PowerEdge di Malaysia, IPServerOne memaklumkan, mereka menggunakan server Dell PowerEdge R730 bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan lebih banyak sistem awan. Kerana itu, sokongan padu perlu disediakan untuk kemudahan pengguna beralih ke sistem awan, dan IPServerOne melihat Dell mampu menyediakan sistem yang diperlukan, dengan pelbagai pilihan pengurusan dan automasi yang banyak membantu tugasan semasa, berbanding jenama lain.

Dell PowerEdge FX2 rack server with PowerEdge FM120 4x2.5" blades, PowerEdge FC430 4x1.8" blades, and PowerEdge FC630 2x2.5 blades  in chassis.Senibina Modular PowerEdge FX2

Tahun lepas, Dell memperkenalkan arkitektur server terbaru mereka, Dell PowerEdge FX. Kini, mereka memperkenalkan tiga lagi modul di bawah portfolio PowerEdge FX2 iaitu PowerEdge FD332, PowerEdge FC430 dan PowerEdge FC830. Ia direka secara modular, yang memudahkan syarikat untuk mengembangkan sistem dengan lebih terurus, serta kos yang lebih rendah, untuk memenuhi keperluan perniagaan masa kini dan juga pada masa akan datang.

Senibina server Dell PowerEdge FX menggabungkan rekabentuk kompak server blade dengan sistem berkos rendah berasaskan rak. Pengguna boleh memilih jenis pengurusan sistem yang memenuhi kehendak mereka, samada pengurusan server secara individu dalam server rak, ataupun pengurusan berkelompok yang sering digunakan dalam server blade.

Server Dell PowerEdge FC430 dan FD332 sudah boleh mula didapati kini menerusi Dell Malaysia ataupun rakan jualan rasmi Dell. Manakala server Dell PowerEdge FC830 akan mula dijual bermula Jun 2015. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Dell PowerEdge di http://www.dell.com/my/partner/p/poweredge-fx/pd

Detail shot of a Dell PowerEdge FC430 blade for a PowerEdge FX2 rack server.Dell PowerEdge FC430 dengan 2-pemacu cakera keras

Dell PowerEdge FC830 dengan 16-pemacu cakera kerasDell PowerEdge FC830 dengan 16-pemacu cakera keras

Apa komen anda?