Perbandingan kamera di dalam gelap

Share Button

Kehebatan kamera pada telefon pintar, kini menjadi ciri paling utama pembeli. Soalan terawal apabila melihat telefon pintar biasanya adalah, berapakah megapiksel (MP) pada kamera telefon tersebut.

Mungkin ada yang tahu, tetapi masih ramai tidak perasan bahawa MP bukanlah ciri utama kualiti kamera, apatah lagi pada skrin kecil telefon pintar. Walaupun telefon pintar memiliki 8MP, 13MP mahupun 20MP sekalipun, ada banyak lagi ciri lain memainkan peranan. Contohnya apertur, lebih kecil nombornya lebih cerah gambar yang diambil.

Bagi kami, satu perkara penting yang sukar untuk dilihat atas kertas tetapi mesti dicuba sendiri, adalah pemproses imej. Contohnya, ASUS sering berbangga dengan pemproses imej mereka, PixelMaster, kerana dikatakan boleh mengambil gambar di dalam gelap, dengan cerah.

Kotak gelap perbandingan kamera

Dengan bantuan dari rakan dari TheHypedGeek & SoyaCincau, kami membina satu peralatan untuk menguji kamera telefon di dalam gelap. Telefon pintar yang digunakan dalam ujian ini adalah HTC One M9+, Samsung Galaxy S6, Mi 4i dan akhir sekali ASUS Zenfone 2.

Di bawah ini, adalah hasil tangkapan gambar menggunakan kamera belakang telefon pintar yang disenaraikan di atas, mengikut tetapan. Kami berikan kepada anda untuk menilai sendiri kualiti gambar ini.

 

HTC One M9+ : Mod High Res

TS-HTC-One-M9Plus-HighRes

 

HTC One M9+ : Mod Duo

TS-HTC-One-M9Plus-Duo

 

Samsung Galaxy S6 : Mod Normal

TS-Samsung-Galaxy-S6-normalauto

 

Xiaomi Mi 4i : Mod NormalTS-Xiaomi-Mi-4i-auto

 

Xiaomi Mi 4i : Mod HHT

TS-Xiaomi-Mi-4i-HHT

 

ASUS Zenfone 2 : Mod Normal

TS-Asus-Zenfone-2-normal

 

ASUS Zenfone 2 : Mod PixelMaster

TS-Asus-Zenfone-2-OWL

 

Anda nampak tak, apa yang lain tak nampak?

Apa komen anda?