Perbandingan Kamera dan Prestasi: Samsung Galaxy S6 VS HTC One M9+

Share Button

Pasti ramai yang tertanya-tanya telefon pintar apakah yang paling hebat ada di Malaysia sekarang ini. Jika diteliti, kita boleh melihat terdapat dua model yang boleh disenarai pendekkan, iaitu Samsung Galaxy S6 dan juga HTC One M9+. Kedua-dua telefon pintar ini memang layak dibandingkan, apatah lagi harga jualan rasmi yang sama, iaitu RM2599.

Kami berpeluang untuk mencuba kedua-dua telefon ini dalam masa yang singkat. Jadi kami memilih untuk membandingkan kedua-dua telefon ini, dalam dua aspek yang paling diambil berat oleh orang ramai, iaitu prestasi dan juga kualiti gambar kamera.

Galaxy S6 dan HTC One M9P COVER

 

Di bawah ini, kami senaraikan spesifikasi penuh telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan juga HTC One M9. Ia kelihatan hampir sama, dengan skrin QuadHD, RAM 3GB LPDDR4, storan dalaman 32GB serta dikuasakan Android 5.0 Lollipop. Perbezaan paling ketara adalah pada CPU, di mana Galaxy S6 menggunakan CPU terbarunya Exynos 7420 14nm, manakala HTC menggunakan CPU keluaran Mediatek, Helios X10. Kedua-dua CPU ini menyokong arahan CPU 64-bit.

Perbandingan Galaxy S6 dan HTC One m9plus

Kita mulakan dengan perbandingan kamera dahulu. Samsung Galaxy S6 mempunyai kamera belakang 16MP, dengan apertur F1.9. Manakala HTC One M9+ menggunakan sensor 20MP serta apertur F2.2 untuk kamera belakangnya. Lima jenis gambar di persekitaran luar, di dalam bangunan dan juga secara dekat diambil. Anda sendiri boleh menilai gambar mana yang lebih menarik.

SAMPEL 1

Test Camera 001 - Galaxy S6Samsung Galaxy S6

Test Camera 001 - One M9PHTC One M9+

 

SAMPEL 2

Test Camera 002 - Galaxy S6Samsung Galaxy S6

Test Camera 002 - One M9PHTC One M9+

 

SAMPEL 3

Test Camera 003 - Galaxy S6Samsung Galaxy S6

Test Camera 003 - One M9PHTC One M9+

 

SAMPEL 4

Test Camera 004 - Galaxy S6 Samsung Galaxy S6

Test Camera 004 - One M9PHTC One M9+

 

SAMPEL 5

Test Camera 005 - Galaxy S6 Samsung Galaxy S6

Test Camera 005 - One M9PHTC One M9+

 

Kemudian kita lihat pula prestasi kedua-dua telefon ini. Pada ujian Antutu Benchmark, Samsung Galaxy S6 mengatasi HTC One M9+ dengan sedikit perbezaan, iaitu 52,514 markah berbanding 50,075 markah.

S6 vs M9p - Antutu 01 S6 vs M9p - Antutu 02

 

Kemudian pada ujian Geekbench 3, didapati HTC One M9+ sedikit menyinar di dalam ujian pelbagai-teras. Galaxy S6 mendapat markah sebanyak 1045 untuk ujian satu-teras dan 4098 untuk ujian pelbagai teras. Manakala HTC One M9+ pula mencatat 1018 markah untuk ujain satu-teras dan 5144 markah untuk pelbagai teras. 8-teras berkelajuan penuh mungkin membantu One M9+ memperoleh lebih markah pada ujian pelbagai teras.

S6 vs M9p - Geekbench 01 S6 vs M9p - Geekbench 02 S6 vs M9p - Geekbench 03

 

Tetapi, kami merasakan ada sesuatu yang pelik pada markah ujian ini. Setelah diteliti buat satu jangka masa yang lama, baru kami tersedar yang Galaxy S6 berada dalam mod penjimatan tenaga. Jadi, kami mematikan mod penjimatan tenaga agar ia berfungsi pada kuasa penuh. Ujian dibuat semula, dan Galaxy S6 memperoleh 66343 markah pada ujian Antutu dan pada Geekbench 3 pula, sebanyak 1515 markah untuk ujian satu-teras dan 5252 markah pada pelbagai teras. Ini menunjukkan prestasi Galaxy S6 lebih baik berbanding HTC One M9+.

Galaxy S6 Antutu benchmark Galaxy S6 Geekbench benchmark

 

Inilah sedikit laporan kami tentang perbandingan telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan juga HTC One M9+. Kedua-dua telefon ini boleh dibeli di Malaysia pada waktu kini, dengan harga runcit RM2599 (termasuk GST). Masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri, jadi ia terpulang kepada pembeli, untuk memilih kelebihan yang mana diperlukan mereka, dan kekurangan apa yang boleh ditinggalkan.

Jadilah pembeli yang bijak.

Apa komen anda?