Pelancaran Zenfone 2 di ASUS Incredible ZenDay super meriah

Share Button

Pagi ini, ASUS Malaysia mengadakan acara Incredible Zenday bersama hampir 2000 orang peminat Zenfone dalam satu majlis yang sangat meriah. Peminat telah beratur sebelum jam 9 pagi lagi, walaupun kaunter pendaftaran mula dibuka jam 11 pagi. Ini kerana ASUS menawarkan powerbank ASUS ZenPower untuk 100 orang pertama hadir ke acara ini.

Selain powerbank, ASUS turut memberikan baucer pembelian produk ASUS serta bantal ZenPillow. Acara ASUS Incredible ZenDay ini dihadiri hampir 2000 peminat ASUS Zenfone, yang mendaftar lebih awal dan menerima kit jemputan beserta tshirt ASUS Zenfone 2 berwarna hitam.

ASUS Zenfone 2 Model 02

 

Di acara ini, ASUS melancarkan telefon pintar terbaru, Zenfone 2 untuk pasaran Malaysia. Ia turut dijual di dalam acara ini, khas untuk peminat yang hadir. Tetapi ASUS memiliki hanya 1500 unit Zenfone 2 untuk dijual hari ini. Terdapat 5 jenis Zenfone 2 dilancarkan dan dijual di Malaysia.

Seperti dalam jadual di bawah, Zenfone 2 termurah, model ZE500CL bermula dari RM599 dengan skrin 5-inci, 2GB RAM & 8GB storan. Kamera belakangnya 8MP & kamera depan 2MP. CPU nya juga paling rendah dalam keluarga Zenfone 2 iaitu Intel Z2560 2-teras 1.6GHz.

harga-asus-zenfone-2

Model seterusnya adalah ZE550ML berharga RM749, dengan skrin 5.5-inci HD, serta kamera dipertingkatkan ke 13MP di belakang dan 5MP di depan. Ia turut memiliki teknologi PixelMaster yang boleh mengambil gambar di suasana malap, dengan baik.

Model Zenfone 2 paling menarik ialah ZE551ML berharga RM1099. Ia menggunakan CPU Intel Z3580 4-teras 2.3GHz, dengan 4GB RAM & 32GB storan. Skrinnya 5.5-inci HD Penuh. Ia adalah telefon pintar dengan 4GB RAM paling murah di pasaran masakini.

Incredible ZenDay - 006 Incredible ZenDay - 007

Sedikit mengecewakan, ASUS Malaysia tidak melancarkan aksesori yang dipertontonkan di pelancaran Jakarta seperti powerbank ZenPower, ZenFlash dan juga LolliFlash. Dijangkakan ASUS Malaysia akan membawanya ke Malaysia pada bulan Jun depan.

Digi turut sama membuka kaunter di acara ASUS Incredible ZenDay ini, dan menawarkan kepada hadirin Zenfone 2 lebih murah, dengan kontrak pelan SmartPlan mereka. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

ASUS Malaysia menyatakan penjualan Zenfone 2 di pengedar dan kedai akan bermula dari pertengahan bulan ini. Jika stok mencukupi, ia juga akan boleh didapati di stor dalam talian ASUS Malaysia di sini.

Incredible ZenDay - 017 Incredible ZenDay - 018 Incredible ZenDay - 019 Incredible ZenDay - 020 Incredible ZenDay - 022

Trackbacks

  1. […] 2 Deluxe adalah telefon pintar yang sama seperti Zenfone 2 dengan 4GB RAM, yang dilancarkan awal tahun ini, tetapi ia dilengkapi storan dalaman sebesar 128GB, yang turut menyokong storan luar […]

Apa komen anda?