Oppo Malaysia mula edar Neo 5s

Share Button

Bagi yang gemarkan telefon pintar bersaiz kecil, boleh melihat telefon yang bakal Oppo mula jual di Malaysia minggu depan. Oppo Neo 5s dengan skrin 4.5-inci beresolusi 854×450, adalah versi naiktaraf  Neo 5 yang mempunyai saiz skrin sama.

Oppo Neo 5s akan dijual dengan harga RM698. Terdapat dua pilihan warna untuk Oppo Neo 5s, iaitu putih dan hitam. Paling penting, dapatkannya daripada pengedar sah Oppo yang diiktiraf, untuk mengelakkan dari membeli produk tiruan atau palsu.

image

Dengan harga lebih RM100 dari model Neo 5 yang lama, Neo 5s menawarkan beberapa peningkatan. Perbezaan awal boleh dilihat dari rupa luaran, walaupun masih menggunakan plastik di belakang, tetapi ia diselaputi lapisan licin, yang kelihatan seperti produk premium. Bahagian bingkainya pula menggunakan besi, menambah keanggunan rupa luaran Neo 5s.

Untuk perkakas dalaman, ia memberikan peningkatan agak ketara. Bermula dengan pengguna CPU Qualcomm Snapdragon 410, 4-teras berkelajuan 1.2GHz, serta 1GB RAM. Storan dalaman digandakan ke 8GB dan boleh ditambah sehingga 128GB dengan kad memori mikro-SD.

image

Untuk kamera, ia kini menggunakan sensor 8MP dengan auto fokus & LED Flash di belakang. Manakala kamera depan masih kekal 2MP dengan fokus tetap. Bateri juga menerima peningkatan ke 2000mAh, tetapi tak boleh diubah.

Oppo Neo 5s mempunyai dwi-sim, satu mikro dan satu nano yang kedua-duanya menyokong 4G-LTE. Ia dilengkapi Android 4.4 Kitkat, dengan antaramuka ColorOS 2.0 yang baru.

image

Jangan lupa untuk mengunjungi pengedar Oppo yang sah & diiktiraf sahaja, jika ingin membeli Oppo Neo 5s yang mula dijual minggu depan.

Apa komen anda?