Oppo belum memecah rekod dengan pelancaran R7 & R7 Plus

Share Button

Oppo hari ini melancarkan telefon intar dari siri-R, yang memfokuskan kepada rekabentuk nipis. Oppo R7 yang hangat diperkatakan dengan pelbagai pendedahan di internet, hari ini membuat kemunculan rasmi dalam satu pelancaran di China. Mungkin ramai yang menyangka Oppo akan menghasilkan telefon pintar lebih nipis, tetapi Oppo R7 kelihatan tidak dapat menandingi kenipisan 4.85mm pada Oppo R5.

Oppo R7 selamat dilancar

Oppo R7 yang dilancarkan hari ini menampilkan kenipisan 6.3mm, satu standard yang menghampiri kebanyakan kenipisan telefon pintar utama jenama lain. Contohnya, Samsung Galaxy S6 mempunyai ketebalan 6.8mm dan iPhone 6 pula 6.9mm, manakala Huawei P8 pula 6.4mm. Jadi mungkin kenipisannya kurang tertonjol jika dibandingkan dengan jenama lain.

kenipisan ip6 s6 p8

Walaupun ia tidak senipis Oppo R5, Oppo R7 dilengkapi spesifikasi sedikit lebih baik. Ia menggunakan CPU yang sama, iaitu Qualcomm Snapdragon 615 64-bit, dengan 8-teras 1.5GHz. RAM pada Oppo R7 dipertingkat ke 3GB, tetapi storan masih kekal sebesar 16GB. Bezanya, kali ini Oppo R7 memiliki slot kad mikro-SD. Jadi storan fizikal boleh diluaskan.

Oppo R7 memiliki skrin 5-inci, beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ia menyokong dwi-sim 4G-LTE, tetapi slot kedua berkongsi tempat dengan kad mikro-SD. Dengan ketebalan yang lebih dari Oppo R5, Oppo R7 mempunyai kapasiti bateri 2320 mAh. Mungkin masih kurang mencukupi, tetapi Oppo menyediakan teknologi pengecasan VOOC pada Oppo R7, untuk pengecasan yang terbukti paling pantas berbanding jenama lain.

Dwi-sim dan kad memori Oppo R7

Tidak ketinggalan, Oppo R7 dilengkapi port audio 3.5mm, yang hilang pada Oppo R5. Cuma yang janggalnya, Oppo masih menggunakan OS Android 4.4 KitKat untuk Oppo R7, yang turut diubahsuai dengan antaramuka ColorOS 2.1.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kamera Oppo R7 dilengkapi pelbagai teknologi hebat. Ia mmepunyai sensor CMOS ISOCELL 13MP, dan diperkasa teknologi Flash Shot. Flash Shot membuatkan fokus ketika mengambil gambar sangat pantas, iaitu 0.1 saat sahaja. Kamera Oppo R7 ini juga dilengkapi lensa yang dihasilkan oleh Schneider-Kreuznach, pengeluar lensa profesional yang terkenal dari Jerman. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 8MP.

Pada majlis pelancaran ini, Oppo memperkenalkan¬†dua telefon pintar. Satu lagi model ialah Oppo R7 Plus, di mana ia mungkin diinspirasikan dari sebiji buah-buahan. Oppo R7 Plus memiliki spesifikasi yang sama seperti Oppo R7, tetapi dengan skrin lebih besar, iaitu 6-inci beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ia juga memiliki storan dalaman lebih besar iaitu 32GB.

pengimbas cap jari Oppo R7 PLus

Dengan badan yang lebih besar, ia juga menempatkan kapasiti bateri lebih besar, iaitu 41000mAh. Dan menambah pelik, Oppo R7 Plus dilengkapi sistem Android 5.0 Lollipop serta ColorOS 2.1. Ketebalan Oppo R7 Plus juga sangat berbeza, iaitu 7.75mm. Ini hampir membuatkan ia terkeluar dari siri-R Oppo. Yang menarik, Oppo R7 Plus dilengkapi pengimbas cap jari, yang diletakkan di belakang. Kamera Oppo R7 Plus juga sedikit lebih baik, dengan penggunaan sensor RGBW, fokus auto lazer dan dwi-LED Flash.

OPPO R7 emas dan perak

Oppo mengumumkan harga jualan Oppo R7 di China RMB2499 (~RM1,459). Manakala OPPO R7 Plus pula berharga RMB2,999 (~RM1,749). Kedua-duanya ditawarkan dalam warna emas dan juga perak. Dari khabar angin yang kami terima, Oppo R7 tidak akan mengambil masa yang lama untuk mendarat di Malaysia. Kepada yang berminat, boleh mula menabung dari hari ini.

 

Oppo R7 PLus dan Oppo R7 Depan Oppo R7 Plus dan Oppo R7 belakang

Apa komen anda?