Microsoft lancar Surface 3 lebih ringan & murah di Malaysia

Share Button

Dengan rasminya hari ini, Microsoft Malaysia melancarkan tablet terbaru mereka, Surface 3. Surface 3 adalah tablet yang boleh menggantikan penggunaan laptop, dengan ‘kick-stand’ terbina yang unik. Ia juga adalah Surface paling ringan & nipis yang pernah Microsoft hasilkan.

Walaupun Surface 3 lebih murah, ia tetap dibina dengan rekaan premium yang sama seperti Surface 3 Pro. Ia menggunakan badan aloi magnesium yang ringan & teguh. Ini menjadikan beratnya hanya 622 gram, dengan ketebalan hanya 8.7 mm.

image

Surface 3 mempunyai 3 posisi ‘kick-stand’, dan boleh berfungsi penuh seperti laptop dengan tambahan aksesori ‘Type Cover’ yang bersambung secara magnetik. Ia juga boleh menggunakan Surface Pen yang dijual berasingan, untuk menulis nota atau membuat lakaran seperti mengguna pensil, dengan 256 titik tekanan berbeza.

Surface 3 mempunyai display port untuk sambungan ke paparan luar lebih besar. Ia juga datang dengan satu port USB 3.0 bersaiz penuh, serta satu port mikro-USB 2.0, yang turut menjadi port kuasa untuk mengecas. Ini menjadikannya ia mudah dicas melalui powerbank, jika anda perlukan kuasa tambahan ketika bergerak.

image

Surface 3 didatangkan siap dengan langganan Office 365 selama setahun secara percuma, yang mempunyai aplikasi seperti Outlook, Word, Excel, Powerpoint & OneNote, serta akses ke storan awan Microsoft OneDrive. Surface 3 menggunakan OS Windows 8.1 Pro, yang boleh dinaiktaraf ke Windows 10 secara percuma kelak.

Surface 3 mula dijual di Malaysia bermula minggu ini, 9 Mei 2015 dari pengedar Surface 3 di seluruh Malaysia seperti All IT Hypermarket, Senheng Electric, Thunder Match Technology dan banyak lagi. Harganya bermula dari RM1989 untuk versi storan 64GB & 2GB RAM. Manakala versi storan 128GB & 4GB RAM pula berharga RM2389.

Untuk maklumat lanjut tentang harga & kedai yang menjual Surface 3 serta lebih banyak gambar berkaitan, rujuk semula laporan kami di sini, ketika previu bersama media yang lepas. Atau layari terus www.surface.my

image

image

Apa komen anda?