Lenovo umum fungsi kecantikan video di Vibe X2

Share Button

Hari ini, Lenovo mengumumkan fungsi baru akan dipasang ke dalam telefon pintar mereka yang berlapis, iaitu Vibe X2. Lenovo Vibe X2 adalah telefon pertama menampilkan rupa luaran dengan tiga lapisan warna, seakan-akan kek lapis Sarawak.

Fungsi baru ini akan diterapkan ke dalaman rakaman video pada Lenovo Vibe X2. Pertama sekali, rakaman video Vibe X2 akan menerima fungsi kecantikan, ciri yang selalu ada pada kamera masakini. Ini pasti memberi kelebihan kepada peminat selfie, seperti rakaman video selfie dubsmash akan kelihatan lebih cantik.

Kedua, Vibe X2 akan boleh membuat rakaman perlahan, dengan fungsi rakaman 120 bingkai sesaat (fps) pada resolusi HD 720p. Fungsi ini banyak membantu dalam rakaman pantas seperti sukan. Lebih menarik lagi, video ini boleh terus dimainkan terus pada pemain video Vibe X2, dan ditonton dengan lebih perlahan lagi, sehingga 16x perlahan.

Satu lagi fungsi yang menambahbaik rakaman video pada Vibe X2, adalah sokongan rakaman video HDR. HDR menjadikan gambar gelap kelihatan lebih cerah. Fungsi yang biasa ada pada kamera, kini boleh digunakan pada rakaman video Vibe X2, menjadikan video lebih jelas & menarik.

Naiktaraf pada Vibe X2 ini juga membolehkan pemain video Vibe X2, memainkan video dengan resolusi setinggi 4K tanpa lengah. Pengguna boleh menonton video berkualiti 4K, dan mengawal tontonan dengan menggerakkannya pada bila-bila masa tanpa tersangkut-sangkut.

Kesemua fungsi ini dapat dijayakan dengan prestasi hebat CPU Mediatek MT6595m dengan 8-teras 2.0GHz serta 2GB RAM. Storan sebesar 32GB memastikan lebih banyak video boleh dirakam. Selepas rakaman, ia boleh ditonton terus pada skrin IPS 5-inci HD Penuh. Lenovo Vibe X2 boleh dibeli di Malaysia pada harga runcit RM1099, dengan gabungan pelbagai warna 3 lapisan yang menjadi tarikan utama telefon ini.

lenovo-smartphone-vibe-x2-family-colors-2

Apa komen anda?