Laman e-dagang Malaysia makin meriah dengan pelancaran GEMFIVE

Share Button

Minat rakyat Malaysia membeli-belah, memang hangat diperkatakan. Apatah lagi, trend membeli-belah dalam talian di Malaysia, turut meningkat pesat. Satu demi satu laman beli-belah muncul dan hari ini, satu lagi laman e-dagang dilancarkan, dengan nama GEMFIVE.

GEMFIVE adalah satu lagi laman e-dagang yang ditubuhkan untuk memberi nilai tambah kepada pengguna & peniaga dalam talian. GEMFIVE bukan sahaja mahu menjadi pelopor kepada pasaran digital serantau, tetapi turut memberi pelbagai tawaran eksklusif serta tip editorial menarik, selain barangan & inspirasi bagi kemudahan kehidupan seharian.

Pelancaran GEMFIVE

GEMFIVE memfokuskan tiga elemen utama dalam laman e-dagangnya, iaitu pengumpulan, nilai & kemudahan. GEMFIVE menjadi pusat pengumpulan jenama terkemuka & asli, serta jenama baharu & sukar ditemui di pasaran tempatan. Harganya juga kompetitif dan berpatutan bagi memberi lebih nilai kepada pembeli. Semua proses ini dibentuk melalui proses integrasi sistem & permintaan, teknologi pantas serta saluran pembayaran yang sah, bagi memastikan pengalaman pembelian yang ringkas & mudah buat pengalaman.

GEMFIVE mencipta platformnya, agar lebih mesra pengguna, menawarkan ciri tempatan, serasi mudah-alih dan berciri sosial.

Untuk permulaan ini, GEMFIVE bekerjasama dengan lebih 100 penjual melangkaui 300 jenama tempatan & antarbangsa. GEMFIVE juga bekerjasama erat dengan pelbagai pemilik jenama, dan berjaya membawa masuk jenama-jenama eksklusif yang belum pernah menembusi pasaran rantau ini.

Antara jenama eksklusif fii GEMFIVE adalah Sakun & Beyond Closet yang popular di kalangan artis K-Pop. Terdapat juga jenama Stella & Jamie (Amerika Syarikat) dengan gaya ala gadis Los Angeles, WhyRed (Swede) bergaya Scandinavia, jeans Neuw Denim (Australia) dan juga DA+PP (Thailand) yang menarik untuk peminat hipster. Jenama premium seperti Cheap Monday (Sweden) di bawah H&M, Almatrichi (sepanyol) dan Pomelo Fashion (Thailand) juga terdapat di GEMFIVE.

fesyen di GEMFIVE

Selain fesyen, kategori kecantikan turut menawarkan pelbagai jenama popular seperti Annick Goutal, Laura Mercier & Caudalie by Ken’s Apothecary, Dr. Ko, Tony Moly, Crabtree & Evelyn dan L’Occitane. GEMFIVE turut menyenaraikan produk rumah seperti Kare, Tefal, Elba, Samsung, Roichen, Noritake & Maxwell Williams.

ibu dan kanak2 di GEFMIVE

Kategori ibu & anak pula menawarkan produk ibu & bayi serta permainan seperti Philips Avent, Tommee Tippee, Maxi Cosi, Leapfrogr & Quinny. Gedung GEMFIVE juga adalah laman setempat produk elektronik dari jenama Oppo, Xiaomi, Bang & Olufsen, Bose, Lenovo, Samsung, Apple dan banyak lagi. Terdapat juga produk inovasi terkini Gramovox, sistem bunyi bluetooth yang memenangi anugerah Kickstarter, yang menghasilkan bunyi seakan Gramophone lama.

Gramovox di GEMFIVE

GEMFIVE bukan sahaja menawarkan jenama antarabangsa,  tetapi turut menyokong kuat jenama tempatan yang turut disenaraikan di stornya, seperti Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Aisha Wong Couture, Azzara Cottons, Binqareen, Kin by Nik dan banyak lagi.

Laman beli-belah GEMFIVE beroperasi hari ini dan boleh dilayari di www.GEMFIVE.com
serta laman media sosial seperti Facebook, Twitter & Instagram dengan nama akaun @GEMFIVEmy

Trackbacks

  1. […] laman e-dagang popular di Malaysia, GEMFIVE hari ini menyambut ulangtahun pertamanya. Pelancarannya setahun lepas pada 18 Mei 2015, diadakan dalam satu majlis yang penuh meriah. Sempena sambutan ulangtahun ini, […]

Apa komen anda?