Jualan ASUS Zenfone 2 bermula 9 Mei di Malaysia

Share Button

ASUS Malaysia akan mengadakan acara bersama peminat, iaitu ASUS Incredible ZenDay pada hari esok, Sabtu 9 Mei 2015. ASUS telah memberikan sebanyak 1500 jemputan kepada peminat yang telah mendaftar sebelum ini. Jemputan diberikan dalam bentuk kit yang dilengkapi tshirt, beg kain dan juga kad jemputan. Peminat yang mempunyai jemputan ini sahaja, yang akan dibenarkan memasuki acara Incredible ZenDay ini, yang akan bermula jam 11 pagi di KL Live, Kuala Lumpur.

Jadual Incredible ZenDay

ASUS telah mempamerkan di Facebook ASUS Malaysia jadual acara Incredible Zenday, yang dijangka tamat pada jam 3 petang. ASUS nampaknya ingin memberi peminat yang hadir, pelbagai hadiah dari ASUS seperti powerbank ASUS ZenPower untuk 100 yang pertama hadir, bantal ZenPillow yang comel, serta peluang untuk menjadi yang pertama memiliki telefon pintar ASUS Zenfone 2, menerusi cabutan bertuah yang akan dibuat sepanjang acara tersebut.

hadiah menarik menanti ASUS Incredible Zenday

Pasti anda telah membaca laporan kami sebelum ini tentang 5 model ASUS Zenfone 2 yang akan dijual di Malaysia, serta harganya sekali, yang bermula dari RM599 untuk model asas dan juga RM1099 untuk model 4GB RAM. Paling menarik perhatian kami, ASUS Malaysia mengatakan mereka akan mula menjual Zenfone 2 pada acara Incredible ZenDay tersebut. Ya, Zenfone 2 akan mula dijual di Malaysia pada 9 Mei 2015, di KL Live, Kuala Lumpur. Lebih baik lagi, ASUS Malaysia mengatakan jualan ini akan terbuka kepada semua, tidak terhad kepada hadirin Incredible Zenday sahaja. Malah, ASUS Malaysia akan menyediakan sistem bayaran menggunakan kad debit/kredit, serta petunjuk ke arah mesin ATM terdekat.

harga-asus-zenfone-2

Jadi, jika anda memang nak sangat memiliki ASUS Zenfone 2 ini, bolehlah datang ke KL Live pada 9 Mei 2015 ini. Tidak dapat dipastikan bila jualan akan bermula, tetapi acara Incredible Zenday akan tamat pada jam 3 petang. Satu perkara lagi, tidak diketahui juga adakah ASUS Malaysia akan menjual kelima-lima model Zenfone 2 pada hari tersebut. Apatah lagi, ASUS Malaysia sering mengalami masalah kekurangan stok semasa pelancaran Zenfone tahun lepas.

Mungkin anda bernasib baik untuk membeli Zenfone 2 esok, jika model yang anda ingini ada dijual dan memiliki stok yang mencukupi. Malah, pilihan warna juga mungkin terhad dalam jualan awal ini. Dengan risiko model yang diingini tidak ada, serta stok yang terhad, mahukah anda ke KL Live pada Sabtu 9 Mei untuk memilikinya? Nantikan laporan langsung dari Theskop menerusi twitter @TheSkop pada acara Incredible Zenday itu nanti.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan ASUS Zenfone 2 dalam laporan kami ketika pelancaran pertama ASUS Zenfone 2 di CES 2015 di sini, serta pelancarannya di Jakarta bulan lepas di sini.

[SUMBER]

 

Apa komen anda?