Huawei P8 semakin dekat dengan pelancaran rantau Asia Pasifik

Share Button

Huawei telah melancarkan peranti utama mereka, Huawei P8 pada bulan lepas. Nampaknya, peranti ini semakin menghampiri Malaysia apabila mereka mula mengeluarkan jemputan media untuk pelancaran di rantau Asia Pasifik pada 2 Jun 2015. Pelancaran rantau Asia Pasifik ini akan dibuat di Singapura.

Huawei telah memperkenalkan buat pertama kali, Huawei P8 di majlis pelancarannya di London, pada 14 April 2015. Di majlis tersebut, Huawei memperkenalkan dua model telefon pintar, Huawei P8 dengan skrin 5.2-inci HD Penuh serta Huawei P8 Max dengan skrin sebesar 6.8-inci HD Penuh. Tidak lama kemudian, Huawei mendedahkan model ketiga, iaitu Huawei P8 Lite dengan skrin 5-inci HD yang mempunyai spesifikasi yang lebih rendah.

Huawei P8 dan P8 Max dikuasakan CPU terbaru keluaran Huawei sendiri, iaitu Hi-Silicon Kirin 930/935, 8-teras berkelajuan 2.0GHz dengan sokongan 64-bit. Ia dipadankan dengan 3GB RAM dan menyokong dwi-sim 4G-LTE. Kedua-dua telefon ini mempunyai kamera belakang 13MP, tetapi Huawei P8 mempunyai kamera dengan sensor RGBW dan penstabil imej optikal serta kamera hadapan 8MP. Manakala Huawei P8 Max mempunyai kamera hadapan 5MP.

Huawei P8 dijual pada harga EUR499 (~RM1999) untuk versi Standard dan EUR599 (~RM2399) bagi versi Premium. Manakala Huawei P8 Max pula berharga harga EUR549 (~RM2199) bagi versi Standard dan EUR649 (~RM2599) untuk versi Premium. Huawei P8 Lite pula dijual pada harga EUR249 (~RM1000) dalam satu versi standard sahaja.

Adakah Huawei akan membawa ketiga-tiga peranti ini semasa pelancarannya di Singapura, sekaligus dilancarkan di Malaysia kemudiannya? Sama-sama kita nantikannya.

 

Huawei P8Huawei P8 ignite infinite creativity

 

Huawei P8 MaxHuawei P8 Max besi penuh

 

Huawei P8 LiteHuawei P8 Lite depan belakang

Apa komen anda?