Exabytes & GMO-PG buka ruang niaga IKS dalam talian Malaysia-Jepun

Share Button

Exabytes Network Sdn Bhd (‘Exabytes’), salah satu peneraju penyedia web hosting di Malaysia, mengumuman kerjasama dengan gerbang pembayaran (payment gateway) dari Jepun, iaitu syarikat GMO Payment Gateway Inc (GMO-PG), untuk memberi perkhidmatan kepada e-dagang kecil dan sederhana (IKS) dari Jepun, yang menggunakan perkhidmatan penyelesaian e-dagang semua-dalam-satu, Exabytes Easystore.

Menurut Chan Kee Siak, Pengasas dan CEO Exabytes, Easystore adalah perkhidmatan penyelesaian e-dagang semua-dalam-satu, yang membantu memudahkan peniaga dan entreprenuer IKS, membuka kedai dalam talian. Peniaga IKS boleh merekabentuk, mengurus dan menjana pelbagai jenis proses perniagaan dalam talian dengan mudah. Kini, terdapat lebih 15,000 kedai dalam talian yang beroperasi dengan jayanya menggunakan penyelesaian Easystore.

Pengasas dan CEO Exabytes Chan Kee Siak Pengasas & CEO Exabytes, Chan Kee Siak

Pasaran e-dagang sedunia semakin meningkat, dengan pasaran Asia Tenggara berkembang secara purata 37.6% setahun. Mengikut laporan UBS pada tahun 2014, Malaysia memegang 20% pasaran e-dagang di Asia Tenggara yang bernilai USD 9 Bilion. Ini meningkatkan minat peniaga Jepun untuk meluaskan perniagaan mereka ke Malaysia.

Kerana itu, Exabytes bekerjasama dengan GMO-PG bagi membantu peniaga Jepun menggunakan penyelesaian EasyStore, sekaligus menawarkan pelanggan transaksi kad kredit dalam talian yang selamat, melalui servis gerbang pembayaran yang disediakan GMO-PG.

EasyStore adalah peralatan yang sangat sesuai untuk peniaga IKS yang mahu memulakan perniagaan dalam talian. Dengan gerbang pembayaran GMO-PG tersedia, peniaga Malaysia turut boleh memasuki pasaran e-dagang di Jepun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan EasyStore, layari lamanwebnya di http://www.easystore.my/

Apa komen anda?